Sunday, December 13, 2009

HARIMAU, BUAYA, TIKUS DAN LEBAH

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... auuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada
dibaham dek harimau tadi.


Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi.


Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.


Aaaaa!!!!... Ya Allah...... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.


Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya .
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....
Tikus yg sedang mengigit tali........

Kalau semua nak tahu ... si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.Astaghfirullah. ..

Luangkanlah walau sekali seumur hidup kita barang 1 minit untuk mengingati Allah. Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:

*SUBHANA'LLAH WALHAMDULI'LLAH WALA I LAHA ILLA'LLAH HUWALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD WAA'LA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'IN

Thursday, December 10, 2009

Wanita Oh Wanita

*Perasaan wanita sensitif. Dia juga sedar bahawa dia kaum yang lemah,
menyebabkan dia lebih mudah tersinggung bila lelaki yang dia kasihi tidak berada disebelahnya menyokong dan memberi semangat untuk meninggikan martabat dirinya. Dia akan marah bila lelaki yang diharapkan akan menyokongnya menyalahkan dirinya pula. Itulah bentuk jiwa wanita, yang mendambakan kebijaksanaan lelaki untuk memahami dirinya. Apa Yang Wanita Harapkan *

*1.Mahu diiktiraf dan dihormati tapi lelaki selalu buat dirinya terasa tidak diadili dan dibiarkan.*

*2.Mahu dihormati dan diingati tapi lelaki selalu buat dia rasa dilalaikan dan tidak dipentingkan.*

*3.Mahu lelaki faham mengapa dia marah dan yakinkan dirinya bahawa dia masih dicintai walaupun dia tidak sempurna tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat.*

*4.Mahu difahami dan dihormati tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak didengari dan ditekan.*

*5.Mahu lelaki ambil berat terhadap perasaannya dan hargai keperluannya untuk dapatkan maklumat tapi lelaki buat dia rasa tidak dihormati dan dihargai.*

*6.Mahu rasa yakin bahawa lelaki mendengar dan ambil berat tapi lelaki buat dia rasa tidak dipedulikan dan diadili pula.*

*7.Mahu dianggap betul dan difahami tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak disokong, tidak dicintai dan kecewa.*

*8.Mahu dihormati dan dinilaikan terutama semasa berkongsi perasaannya. Tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat dan dikawal.*

*JADI KEPADA PARA LELAKI DI LUAR SANA PAHAMILAH WANITA KERNA SESUNGGUHNYA TANPA WANITA ANDA KETANDUSAN....KETANDUSAN KASIH,SAYANG DAN BELAIAN..WANITA,SERIKANDI TERHEBAT UNTUK PAHLAWAN SEJATI...PAHAMILAH......

kata Nabil Lu Pikir Lah sendiri......

Ilmu Pelaris hehehehe

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)

Cahaya Salam dan Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari kerana mendengar salam itu.

ikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain..

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Maka ajarkanlah anak-anak kita mengamalkan salam dan al-kursi agar rumah kita sentiasa menjadi syurga buat kita dan kita amalkan suami isteri dengan sentiasa memberi salam dan membaca al-kursi agar dijauhkan perasaan was-was dan curiga untuk mengharmonikan rumahtangga...

Wednesday, December 2, 2009

AJARAN SESAT

Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan mengharamkan ajaran kumpulan Azhar Wahab, pengasas Al-Mansur Holdings yang didapati bertentangan dengan akidah Ahli Sunah Wal- Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Kumpulan yang berpusat di Kedah dan mempunyai pengikut daripada pelbagai lapisan di seluruh negara terutama di Lembah Klang itu didapati meneruskan amalan ajaran Al-Arqam termasuk mengamalkan Aurad Muhammadiah.

Kumpulan Azhar Wahab yang diharamkan kerajaan pada 2003 berikutan pegangan dan amalannya menyeleweng daripada ajaran Islam didakwa masih aktif dan berselindung di sebalik nama sebuah syarikat pengurusan ladang kelapa sawit di Amanjaya sejak tiga tahun lalu.

Kumpulan terbabit yang turut dikenali dengan nama al-Mansor dan Raja Sakti itu turut aktif dalam penerbitan album berkonsep ketuhanan dan dinyanyikan sendiri ketuanya, Azhar Wahab dan seorang wanita yang juga bekas peserta Akademi Nasyid.

Malah, kumpulan terbabit dikatakan sudah meluaskan pengaruhnya ke Sabah dan merekrut 5,000 ahli baru yang kebanyakannya anak yatim.

Perkara itu didedahkan sepasang suami isteri yang juga bekas ahli kumpulan terbabit yang mendakwa amalan ketua kumpulan itu menyeleweng ketika mereka terbabit dalam proses pembikinan album di pejabatnya, baru-baru ini.

Ketika mengumumkan keputusan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Shahir Abdullah berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 10 Jun 2003 mendapati kumpulan Azhar mengamal ajaran yang bercanggah dari segi akidah, syariat dan akhlak.

``Jakim selaku urus setia telah menghantar hasil kajian terperinci berkaitan kumpulan Azhar Wahab kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

``Majlis berkenaan seterusnya memutuskan bahawa ajaran yang dibawa oleh Azhar Wahab adalah bercanggah dengan ajaran Islam,'' katanya pada sidang akhbar di pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Keputusan itu diambil setelah mendapati pertubuhan itu menyimpang dari segi akidah, syariat dan akhlak kerana mengamalkan Aurad Muhammadiah yang antara lain mendakwa ketuanya adalah wali Allah dan boleh bertawassul.

Siasatan pihak berkuasa mendapati ketua pertubuhan itu mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir walaupun tubuhnya berada di tempat lain.

Shahir berkata, berikutan keputusan Majlis Fatwa berkenaan, mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang atau beramal dengan ajaran Azhar dianggap menyalahi hukum syarak dan wajib bertaubat.

Beliau berkata, dari segi akidah kumpulan Azhar juga didapati beramal mengikut kaedah tawassul iaitu berdoa sebelum melakukan urut refleksologi dengan menyebut ``Ya Allah, dengan barakah dan karamah Tuan Azhar sembuhkan penyakit fulan si fulan.''

``Perkataan ini dianggap menyalahi ajaran Islam,'' katanya.

Tambah beliau, Azhar juga didakwa mengaku dapat mengetahui pergerakan orang lain yang mengintip setiap aktivitinya.

Menurut Shahir, Azhar juga didapati menangis di hadapan ahli serta kakitangannya kerana nampak dan tahu kesalahan agama yang pernah dilakukan oleh para pengikutnya.

``Ini bermakna (kononnya) dia tahu perkara ghaib dan ini menyalahi akidah Islam,'' ujarnya.

Kata beliau, ada juga dakwaan yang menyatakan bahawa Azhar dapat memberikan syafaat kepada para pengikutnya.

Selain itu katanya, daripada aspek syariah, kumpulan Azhar didapati mengenakan dam (denda) ke atas para ahlinya yang melakukan kesalahan agama sama ada dengan membayar dengan wang atau harta benda.

Dari sudut akhlak, Shahir berkata, Azhar mendakwa apa saja yang dikatakan olehnya adalah benar dan segala keputusannya tidak boleh dipertikaikan atau dibantah.

``Azhar juga didapati memulakan setiap ucapannya dengan bersumpah menggunakan al-Quran termasuk semasa Jakim mengadakan perjumpaan dengannya pada 15 November 2002 walaupun tidak diminta berbuat demikian,'' katanya.

Justeru beliau berkata, sekiranya terdapat masyarakat Islam di negara ini yang beramal dengan ajaran Azhar Wahab dinasihat supaya kembali ke jalan benar dan bertaubat.

Sementara itu, beliau berkata, pengharaman tersebut hanya melibatkan ajaran Azhar Wahab dan tidak membabitkan sebarang aktiviti termasuk perniagaan yang dijalankan oleh beliau.

Justeru beliau berkata, Jakim menyerahkan pihak berkuasa agama negeri untuk menjalankan pemantauan dan bertindak dalam menyekat ajaran Azhar Wahab daripada terus diamalkan.

Selain itu, katanya, terserah kepada agensi kerajaan lain termasuk polis untuk bertindak sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam pertubuhan yang dipimpin oleh Azhar.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan susulan termasuk kemungkinan memasukkan Azhar dan pengikutnya ke dalam pusat pemulihan akidah yang dikendalikan oleh Jakim.

“Selain lagu berkonsep ketuhanan dan keinsanan, lagu itu turut menyelitkan pujian kepada Azhar selaku ketua pertubuhan yang menggelarkan dirinya Ketua Institusi Diraja.

“Dia juga mendakwa mereka yang terbabit dalam proses rakaman album itu dianggap mengerjakan solat Tahajud serta pejuang Allah dan sering mengingatkan bahawa muzik itu lebih penting daripada mengerjakan sembahyang,” katanya yang ditemui, semalam.

Nor yang menjadi ahli kumpulan itu sejak sembilan bulan lalu, berkata kumpulan berkenaan jelas mengamalkan ajaran bertentangan Islam, termasuk tidak mengerjakan solat Maghrib dan Isyak, sebaliknya hanya melakukan solat Jamak saja pada sebelah petang.

“Cara sembahyang jemaah yang diadakan di surau pejabat kumpulan itu juga berbeza kerana bercampur antara jemaah lelaki dan wanita tanpa perlu dipisahkan.

“Paling mengejutkan Azhar juga mendakwa dia bebas memeluk dan mencium

wanita disukai tanpa mengira tempat termasuk di dalam surau tanpa dosa kerana nafsunya sudah ditundukkan Allah,” katanya.

Menurut Nor, semua ahli kumpulan itu juga diberi amaran jika belot, mereka akan ditimpa musibah seperti mati terbakar.

Suaminya yang dikenali sebagai Mohamad, 40-an, yang juga pekerja di syarikat milik kumpulan itu, berkata dia dan isteri bersama seorang lagi ahli dipecat daripada kumpulan itu dua minggu lalu selepas membantah amalan mengerjakan solat jemaah bercampur lelaki dan wanita.

“Saya bukan mahu menuduh mereka mengamalkan ajaran sesat, tetapi tindakan, amalan dan arahan yang dikeluarkan terpesong daripada Islam dan saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan.

Sementara itu, Mufti Kedah, Datuk Muhammad Baderuddin Ahmad, ketika dihubungi berkata pihaknya belum menerima maklumat mengenai kegiatan kumpulan Azhar Wahab.

“Saya dan isteri bersedia beri kenyataan jika dipanggil supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan pertubuhan itu,” katanya.

Menurut Mohamad, kumpulan itu menggunakan ratusan anak yatim yang dilatih bagi menjual pelbagai produk mereka.

“Hasil jualan produk pertubuhan itu mencecah RM1 juta sebulan. Malah, difahamkan mereka sudah membina kompleks dan perkampungan sendiri di Empangan Beris dan Kundasang, Sabah,” katanya.

Sementara itu, Mufti Kedah, Datuk Muhammad Baderuddin Ahmad, berkata pihaknya belum menerima maklumat mengenai kegiatan kumpulan Azhar Wahab yang didakwa masih aktif.
.
“Setakat ini masih tiada sebarang maklumat mengenai kegiatan mereka. Bagaimanapun, Jabatan Agama Islam Kedah akan menyiasat perkara ini,” katanya.

*.* KATA SHA: Orang skrg ni makin terpelajar tapi semakin bodoh dan cetek pemikiran kerana terlalu mudah terpengaruh dengan ajaran sesat yang memperlekeh ajaran islam. manusia hari ni jugk mudah tertarik dengan kenikmatan dunia yang dijanjikan ajaran sesat tu. Contohnya kalau ada ajaran sesat yang menghalalkan seks bebas, minum arak, x payah sembahyang maka ramai la pengikutnya. Hai dunia.... dunia.. semakin lanjut usiamu ... Bila teringatkan citer 2012 yang Hollywood buat, ia membuat aku terfikir benarkah kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012?? Wallah hu aklam

Tuesday, December 1, 2009

Banjir

Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin pulih pagi ini berikutan keadaan cuaca yang semakin baik dan jumlah mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan berkurangan.

Di KOTA BARU, jumlah mangsa di pusat pemindahan kini tinggal 1,943 orang berbanding 2,245 malam tadi dan hanya dua pusat pemindahaan di dua jajahan masih dibuka iaitu Pasir Mas dan Tumpat, menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Negeri kepada Bernama di sini hari ini.

"Pusat pemindahaan banjir di Pasir Mas menempatkan jumlah mangsa yang tertinggi iaitu 1,122 orang, dan Tumpat pula seramai 821 orang," katanya.

Sementara itu, hanya dua jalan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu di Pasir Mas, di Kilometer 11, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang, Kampung Siram, di Tumpat, di kilometer 6 hingga 7 iaitu Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti.

Bacaan paras air sungai di Kelantan juga menunjukkan penurunan dan sehingga pagi ini hanya satu sungai yang masih berada di atas paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang serta Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard pula berada atas paras berjaga-jaga, katanya.

Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan semakin berkurangan kepada 3,067 orang, dan semua jalan utama di Terengganu boleh dilalui termasuk beberapa jalan yang ditutup sebelum ini, menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri itu.

Beliau berkata bacaan paras air sungai di negeri ini adalah pada paras biasa, kecuali Sungai Setiu di Kampung Bukit melebihi tahap bahaya iaitu 13.37 meter, dan tahap bahaya ialah 12 meter.

Di KUANTAN, mangsa banjir terakhir iaitu lima sekeluarga yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Kundang Patah telah dibenarkan pulang ke rumah mereka di Kampung Tasik Ria, Sementah.

Dan di kampung aku di Pekan, saban tahun mengalami banjir. Saban tahun banyak brg2 yg rosak akibat banjir. Namun aku tetap bangga menghuni kampung aku walau apa pun terjadi, disitulah aku membesar dan mengenal dunia, disitulah aku belajar erti kesusahan dan belajar erti kehidupan. disitu jugalah kepayahan dan penderitaan yang pernah aku tanggung mendewasakan aku dan menjadikan aku manusia yang berjaya sehingga ke tahap hari ini.

Sumbang Mahram

Johor dan Selangor mencatatkan kes sumbang mahram tertinggi di negara ini sepanjang tahun 2000 hingga Jun tahun lalu iaitu masing-masing sebanyak 308 kes daripada keseluruhan 2,158 kes yang dilaporkan kepada polis.

Secara purata, jumlah kes sumbang mahram yang dicatatkan kedua-dua negeri itu adalah lebih daripada 41 kes setahun atau melebihi tiga kes dalam sebulan.

Menurut statistik polis Bukit Aman, Sabah mencatatkan kes sumbang mahram kedua tertinggi sepanjang tempoh tersebut iaitu sebanyak 258 kes diikuti Perak (197), Kedah (195), Pahang (164) dan Sarawak (136).

Terengganu pula mencatatkan sebanyak 109 kes, Kelantan (107), Negeri Sembilan (102), Melaka (101), Kuala Lumpur (96), Pulau Pinang (59) dan Perlis (18).

Bagi tempoh sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu pula, Johor mencatatkan kes sumbang mahram tertinggi iaitu sebanyak 33 kes daripada keseluruhan 177 kes yang dilaporkan.

Selangor mencatatkan kes sumbang mahram kedua tertinggi bagi tempoh itu iaitu sebanyak 27 kes diikuti Sabah (20), Pahang (20), Kedah (16), Sarawak (13) dan Perak (12).

Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 10 kes, Melaka (9), Kelantan (7), Negeri Sembilan (5), Pulau Pinang (3), Terengganu (1) dan Perlis (1).

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot yang dimaklumkan tentang statistik tersebut menyatakan kekesalannya terutama mengenai perkembangan Johor yang mencatatkan kes sumbang mahram tertinggi.

Katanya, golongan tidak bertanggungjawab yang melakukan sumbang mahram dilaknati Allah dan tidak diberkati di dunia dan akhirat.

Beliau berkata, empat faktor utama mempengaruhi berlakunya kes sumbang mahram iaitu individu, keluarga, masyarakat dan persekitaran.

Jelasnya, faktor individu melibatkan kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama yang mendorong seseorang itu dikuasai nafsu.

"Kerana lemahnya pegangan agama, seorang ayah tergamak merogol anak kandung yang sepatut dibelanya. Kerana itu juga abang sanggup 'merosakkan' adik perempuannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.

Nooh berkata, faktor keluarga terutamanya keruntuhan institusi perkahwinan seperti perceraian turut mendorong berlakunya kes sumbang mahram.

Katanya, terdapat kes perceraian menyebabkan anak-anak gadis terpaksa tinggal dengan bapa dan keadaan diburukkan lagi apabila batas pergaulan tidak dijaga serta cara berpakaian yang menjolok mata.

Katanya, nafsu semakin sukar dikawal apabila kemiskinan mencengkam keluarga itu yang menyebabkan mereka terpaksa tinggal di rumah yang sempit tanpa ada bilik yang sesuai khususnya bagi anak gadis yang sedang membesar.

"Walaupun di rumah, tidak wajar anak gadis hanya berkemban sahaja dan batas pergaulan perlu dijaga. Mesra jangan sampai anak gadis dan ayah berpeluk dan berciuman berlebihan sehingga menaikkan nafsu.

"Sebaik-baiknya sediakan bilik untuk anak gadis dan diasingkan daripada anak lelaki terutama apabila mereka telah akil baligh," katanya.

Nooh berkata, sumbang mahram juga boleh berlaku apabila hubungan kelamin pasangan suami isteri tidak dipenuhi akibat tuntutan kerja seperti suami bekerja pada waktu siang manakala isteri bekerja pada waktu malam.

Menurut beliau, faktor masyarakat juga tidak kurang penting kerana hubungan jiran yang rapuh menyebabkan kes sumbang mahram sukar dibendung.

Katanya, masyarakat sewajarnya prihatin dengan keadaan jiran-jiran dan seandainya mereka dapat mengesan perbuatan yang menjurus kepada sumbang mahram, sepatutnya perkara itu dihalang dengan nasihat dan jika tidak berkesan dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Faktor persekitaran seperti bahan lucah yang mudah diperoleh dan program atau pesta yang menaikkan nafsu menerusi pergaulan lelaki dan wanita dengan pakaian yang menjolok mata juga dapat mendorong perlakuan sumbang mahram, katanya.

Dalam pada itu, katanya, empat golongan memainkan peranan utama bagi membanteras perlakuan sumbang mahram iaitu pemimpin atau kerajaan, ulama, ahli korporat dan masyarakat.

Beliau memberitahu, pemimpin mesti mengurangkan kewujudan pusat atau elemen hiburan yang merangsang nafsu sementara para ulama mesti memberi nasihat dan tidak putus asa berdakwah bagi membasmi perlakuan terkutuk itu.

Katanya, pihak korporat juga tidak sepatutnya hanya mengutamakan keuntungan sehingga mengabaikan tanggungjawab sosial dengan menganjurkan program hiburan yang merangsang nafsu.

Beliau berkata, hubungan antara masyarakat perlu kembali dirapatkan seperti dahulu iaitu jiran dianggap seperti keluarga sendiri.

"Apabila hubungan jiran rapat seperti keluarga sendiri, amalan menegur kesalahan anak jiran seperti anak sendiri tidak akan disalah anggap atau menimbulkan kemarahan jiran sekali gus dapat mengurangkan jenayah," katanya.

*.* Kat kedah ni pun tiap2 minggu ada kes ni. Kenapalah lelaki yang bertanggungjawab menjaga dan melindungi wanita selalu sanggup berbuat mcm tu pada darah daging sendiri. Dunia dah nak kiamat....

Isteri Idaman

Faktor seorang isteri :
1. Faktor keagamaan dan akhlak
2. Faktor kecantikan dan kekayaan
3. Faktor keturunan dan kesuburan

Wanita idaman lelaki:

i. Wanita yang tidak suka menuntut perkara-perkara yang akan membebankan suaminya
ii. Wanita yang tidak suka berhias untuk lelaki bukan muhrimnya.
iii. Wanita yang menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela.
iv. Wanita yang tidak meninggikan suara melebih suara suaminya
v. Tidak keluar rumah tanpa izin suaminya
vi. Tidak membelanjakan harta suaminya tanpa izin suaminya
vii. Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama
viii. Tidak menuntut cerai atau talak.
ix. Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti.
x. Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami.
xi. Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah.

Cinta Kepada Pasangan


Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti dibawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam :

1. Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.

2. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.

3. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkahlaku yang lemah lembut setiap hari, Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.

4. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.

5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta ungkapan-ungkapan lain.

6. Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan.

7. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.

8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.

10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.

11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.

12. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.

Petua Menjaga Hati Isteri


1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.

Pertengkaran

Pertengkaran

Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian.

Hakikat Pertengkaran

1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.

2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.

3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.

4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.

6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.


Petua-Petua Menghadapi Pertengkaran

1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana.

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti:-
"Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran
kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena inia akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.

Sunday, August 23, 2009

Doa Malaikat Jibrail Menjelang Ramadhan

" Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memesuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :

* tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
* tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali
Dapatkah kita bayangkan , yang berdoa adalah malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasulullah dan para sahabat dan dilakukan pada hari Jumaat

Salam Ramadhan...

Alhamdulillah..kita masih boleh merasai kenikmatan dan kemanisan Ramadhan untuk kali ini. Syukur pada mu Ya Allah. Aku nak ucapkan selamat berpuase yek pada teman2 sume terutama pada yang sudi singgah kat blog aku neh. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun2 sudah...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu..merayu..kepadaNya Tuhan yang satu
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjakan..sungguh kusyuk lagi tawaduk
Tubuh dan kalbu...bersatu memperhamba diri
Menghadap Rabbul Jalil...menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin"
(sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam"
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
Bertarawih...berqiamullail...bertahajjud
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga Mu
tapi..aku juga tidak sanggup untuk ke neraka Mu"
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru...kita cari..suatu malam idaman
Yng lebih baik dari seribu bulan
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiap diri..rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi...
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti..paling berseri
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju Redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman..
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu begi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha...bersedia..meminta belas Nya
Andai ini Ramadhan terakhir buat ku
Maafkan semua kesalahan yang pernah ku lakukan
Selamat Menyambut Ramadhan Al MUbarak

Wednesday, August 5, 2009

:~....:p~:

"TEKNIK BERTENGKAR CARA POSITIF"
Korang wajib baca. Terutama sekali yang da kawen. Yang blum kawen pun bleh.
1. Jgn Terlampau Byk Bercakap
Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah.. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk membetulkan keadaan.
2. Jgn Menyebut Kelemahan Pasangan
Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada kelemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jgn Membalas Perbuatannya
Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah.Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada pasangan anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri..
4. Jgn Cuba Mengubah Pasangan
Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.
5. Fokus Pada Masalah
Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah
6. Jgn Tinggikan Suara
Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
7. Gunakan Panggilan Manja
Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau 'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah 'aku' dan 'kau'.
8. Elakkan Terlalu Emosional
Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.
9. Gunakan Perkataan Yg Baik2
Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"
10. Jgn Bertengkar Depan Makanan Dan Di Tempat Tidur
Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat bermesra-mesra sesama sendiri.
11. Dengar Luahan Pasangan
Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.
12. Jgn Bergaduh Depan Anak2
Dengan bergaduh di hadapan anak2, anda hanya akan membuatkan anak2 keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak2 anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.
13. Bersabar
Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
14. Say NO To Third Party
Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.
15. Mengalah Tidak Bererti KalahMengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.
16. Jgn Keluar Dari Rumah Sebelum Selesai
Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segerameninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah.Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dasyat akan menyebabkan mereka bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.
17. Luahkan
Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.
18. Pelukan Dan Kemaafan
Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.
p/s sumber sebenar tidak dapat dikesan. Harap maklum..

Wednesday, July 1, 2009

Buatmu...

Perempuan bagaikan angin, lembutnya melenakan ributnya menggusarkan. Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang dan ada kalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan, namun adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahunya. Namun, dia tetap teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini. Bahagia dan derita sangat berkait dengan mereka. Tiba-tiba isteri merajuk, pandai-pandailah memujuk. Buka telinga, tajamkan pedengaran, amati suaranya, teliti dengan hati yang terseni, rasional atau emosi? Andainya emosi, belailah emosi itu, jangan cuba dihadapkan secara rasional kerana si dia tak akan terdaya mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik berserta dengan beberapa afidavit, dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu. Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan, sebaiknya perhaluskan kata, perindahkan bahasa, jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman. Masih gagal ? Cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian. Masih gagal juga ? Tunggu saja rajukknya reda, emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan, jangan digoncang, buat selamba, lambat laun gelombang akan tenang air dicawan akan kita minum jua. Tapi awas, kalu ternyata, rajuknya berfakta, masamnya berdata, geramnya berilmiah, marahnya ada prima facie, ini rajuk taraf tinggi namanya, perlu ditangani berhati-hati. Kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima, mengaku lalu berjanji serta berikrar "Sayang..abang tak ulang lagi" katakan "Sayang..abang alpa" bisikkan "Darling..I lupa" hulurkan tangan, pinta kemaafan pendekatan kasanova, tapi dengan hati suci. Rajuk isteri seperti mangga muda, perisanya masam tetapi kalau kena cicahnya enaknya akan terasa. Ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin. Arghh..tiba-tiba isteri merungut malah kadangkala agak mengugut, minta aksesori serta perabut. Minta villa yang tersergam indah atau mahligai di lereng bukit sedangkan bukan Shah Jehan yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya. Tetapi isteri pula, persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya. Katanya "Seabadi permata..segemerlapan intan.."sedangkan di tangan kita cuma ada tembaga, silver. Aduh peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam atau menimbang setia menerusi Bursa Saham papan utama. Kasih isteri, turun naik mengikut kadar tukaran mata wang asing. Tiada guna menyesali diri,diakan dulu pilihan kita ? Semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji, dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita, sudah takdir permata yang dipilih perlu digilap semula. Namun putus asa jangan sekali. Terimalah dia, dengan redha. Justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami, wanita adalah tulang rusuk yang bengkok, luruskan dengan berhati-hati, bertegas, tapi jangan berkeras, lembut tapi jangan reput. Katakan RM bukan segala-galanya lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bisikkanlah "Duhai isteriku, marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati, marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci. Kita cari harta, tetapi ingat ia itu bukan segala-galanya" Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata, usia meningkat kecantikan tergugat, dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus. Betis tidak lagi bunting padi, pipi bukan lagi pauh dilayang. Apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ? Jika berkurang, nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata bertapak di body tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi. Itulah cinta sejati. Namun tidak salah di samping menyanjung budi, kita merampingkan 'body'. Kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat tapi ingat niat kerana Tuhan bukan kerana ingin kuruskan badan. Tapi Tuhan Maha Penyayang. Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami. Tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan. Sama-samalah merampingkan badan, yang terlebih dikurangkan, jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh. Apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan. Bukan masanya lagi merenung dara tapi kini saat menghitung dosa lal. Ajaklah isteri sama-sama menambah bakti, moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia. Di dunia ini dan di akhirat nanti. Itulah yang dikatakan hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama. Kekadang isteri mengamuk dengan ombak tsunami prasangka dan taufan cemburu. Apa bukti setiamu suami ? Apakah tandanya hanya aku di hatimu ? Kekadang disergahnya kita ketika keringat masih membasah, baru menjengah pintu rumah. Ketika itu nilailah diri mungkin kita berdoasa dengan Tuhan, atau bersalah dengan insan. Mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah kita lalukan. Lalu datang teguran, amaran dan peringatan secara 'indirect' dari Tuhan. Hadapkanlah diri ke cermin hati, kaji diri satu persatu. Kalu liar, berhentilah. Kalu berdosa, bertaubatlah. Sebaliknya, jika ternyata isteri yang melulu nasihatkanlah baik-baik, bukan senang nak senang. Ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua, suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayub atau ingatlah pesan Sayidina Umar Al-Khattab, ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri : "Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu. Dia yang membantu menjaga makan minum kita. Dia yang mencuci kain baju kita. Dia yang membantu membersihkan rumah kita, lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya?". Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api. Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan. Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya. Institusi ini adalah kubu terakhir kita. Marilah kita pertahankan bersama si dia. Si diaku, si diamu, cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja. Biarlah skrin-skrin internet atau intaranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.
Secebis coretan untuk kau ku pahatkan di halaman hatimi. Aku hanya seorang isteri yang menerima setlulus hati seorang suami. Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu. Salam ku hukur buat menyapa hatimu nan luhur. Bersamalah kita harungi derita yang datang. Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang. Denai perkahwinan pasti dihujani air mata. Biar kita rasa rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.
By, tidak kutagih setia sesetia Hawa. Atau kerinduan menggila Laila yang sangat mendalam. Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu..seorang suami




Thursday, June 25, 2009

Hati...Perasaan..Cinta...Kasih sayang...

Menginginkan sesuatu yang amat sukar diperoleh bagaikan satu kepuasan tidak terhingga. Namun dalam soal hati dan perasaan, setiap yang didambakan sering menemukan kita dengan harapan palsu, sekali gus kepahitan berterusan. Menghadapi perpisahan getir seperti putus kasih, putus tunang bahkan pernah melalui perceraian yang menjadi satu pengalaman pahit dalam hidup, sukarnya untuk bangkit semula sesudah segalanya hancur punah. Namun, jangan putus asa atas segala kepahitan yang dilalui itu. Dalam percintaan, percayalah jika anda pernah dikecewakan, pasti akan wujud cahaya baru di kemudian hari. Cinta muncul secara langsung dan alamiah, namun cinta cinta hidup melalui pemeliharaan. Sesuatu kemusnahan boleh saja berlaku mungkin angkara FITNAH, KEHADIRAN ORANG KETIGA bahkan apa saja, biarpun alasannya cukup kecil serta sukar dipercayai. Membinanya mengambil masa bertahun-tahun namun runtuhnya hanya dalam sekelip mata. Siapa yang tidak merana bukan ?
Katakan pada diri, mungkin anda belum ditemukan dengan insan yang layak menerima ketulusan cinta anda sepenuhnya. Anggaplah perpisahan dengan yang lama sebagai permulaan untuk suatu permulaan yang lebih indah bahkan lebih bermakna. Jangan menyeksa diri dengan menginginkan sesuatu yang tidak mungkin dapat dibina semula. Kata bijak pandai 'CINTA BUKANLAH BARA, MELAINKAN API YANG KELUAR DARI BARA'. Pun begitu , anda tega untuk melupakan dia ?