Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Mengapa aku benci politik??

Apabila kita sebut perjuangan dalam Islam ertinya ada wadah iaitu sebuah jemaah yang ada pemimpin yang di taati, ada pengikut yang setia, ada dasar perjuangan yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah yang di mana ianya di tegakkkan terlebih dahulu dalam jemaahnya sebagai model.

Erti kata, Islam tidak boleh di juangkan secara individu tanpa ada jemaah, pemimpin dan pengikut serta tidak boleh berjuang tanpa buat kerja atau aktiviti.Islam itu adalah politik cara hidup dalam semua bidang bernegara, berekonomi,bermasyarakat,berpendidikan,berkebudayaan, berundang undang, dan sebagainya.

Orang yang memperjuangkan Islam sentiasa sibuk.Mereka yang berjuang melalui Dakwah terlalu sibuk dengan dakwahnya, mereka yang berjuang melalui politik pun begitu juga.Saintis Islam pun berjuang dalam bidangnya dan memang mereka pun terlalu sibuk.Nelayan,guru, buruh,doktor, jurutera,suri rumah dan yang lain lain nya semua di kira berjuang jika perjalanannya betul kerana Allah.

Adalah satu kesilapan besar jika kita anggap perjuangan Islam hanya ada satu saluran iaitu melalui politik pilihanraya sahaja.

Pejuang Islam bolih kita kategori kepada beberapa golongan saperti berikut:

1. Golongan yang hidup matinya kerana Islam.Mereka faham dengan sebenarnya apa yang di perjuangkan.Bersungguh mengamalkannya didalam diri dan keluarga mereka.Memberi seluruh jiwa raga, masa dan harta untuk Allah dan Rasul.Mereka bersedia menghadapi sebarng risiko, bahkan mati di dalam perjuangan itu memang di harap harapkan.Syahid adalah cita cita mereka.Golongan ini amat sedikit bilangannya di zaman ini.Darjat mereka amat tinggi di sisi Allah.

2. Golongan ini lebih kurang sama saperti golongan pertama tadi.Cuma mereka lemah mujahadah melawan nafsu.Di dalam kegigihan berjuang maksiat buat juga.Sedangkan Allah berjanji kemenangan dalam perjuangkan hanya di berikan kepada mereka yang paling taqwa.Sebab itu ada pejuang pejuang yang sudah berpuluh puluh tahun berjuang tetapi Allah masih belum beri dia kemenangan. Golongan ini terserahlah kepada Allah.Dia mengampunkan sesiapa yang dia kehendaki.

3. Golongan ke 3 ini adalah golongan yang berjuang secara jahil.Mereka berjuang semata mata kerana fanatik dan semangat semangat.Ilmu tentang hukum Islam pun tidak ada.Ada juga Fardhu Ain pun tak lepas.Di dalam perjuangan mereka mengganas, merosak dan menzalimi manusia.Mengumpat, mengata, mengutuk, memfitnah, dan mengaibkan manusia adalah mainan mereka.Mereka ini walaupun gigih berjuang namun Allah tidak akan terima perjuangkan mereka.

4. Ini adalah golongan yang berjuang bukan kerana Allah dan Rasul atau bukan kerana hendak menegakkan Islam.Mereka berjuang kerana hendak merebut pangkat atau sakit hati dengan lawan atau musuh musuhnya.Berjuang kerana megah terhadap bangsanya (nasionalisma), negara atau kerana ideologi anutan mereka.Islam itu hanya di selit selit di mana ada kepentingan untuknya.Golongan ini memang tertolak.Mereka ini zalim,fasik atau bolih jatuh kafir.

5. Ini golongan yang ingin berjuang tapi masih belum mula kerana wadah wadah perjuangan yang wujud di negara nya atau harakah perjuangan yang ada tidak menyakinkan.Kerana mereka tahu diri mereka tidak kemampuan dan kelayakkan mereka beribadah dan membaiki diri sambil menunnggu perjuangan yang sebenar.Mereka lebih banyak menyendiri.Golongan ini memang elok menyendiri.

6. Golongan yang menghabiskan masa hanya beribadah dan membaiki diri sedangkan kemampuan untuk berjuang ada.Walaupun ada harakah perjuangan kebenaran di hadapan matanya namun mereka tidak mahu melibatkan diri untuk berjuang bersama.Mereka tidak mahu bersusah payah atau menanggung risiko.Golongan ini amat di murkai Allah.

7. Golongan ini tidak memperdulikan lansung tentang Islam.Mereka ini Islam keturunan.Ibadah untuk dirinya sahaja, tidak mahu berjuang,malah mereka tidak mahu fikir mengenainya dan hanya mahu hidup semata mata.Kerja, makan,minum,hiburan dan seks.Golongan ini di sangsi ke Islaman nya. 

8. Tidak ada pemimpin walaupun  bertaraf ulama di katakan maksum. Khalifah Umar Abdul Aziz sendiri setelah di lantik menjadi khalifah berpesan " kalau aku melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kebenaran, tinggalkan aku, jangan diikuti. Dan tetaplah berpegang teguh pada kebenaran islam itu saja". Amat berbeza dengan pemimpin hari ini, lebih lebih lagi yang mengaku bijak pandai. Mereka rasa pandangan mereka sahaja yang benar dan betul dalam segala hal dan tindakkan. Tiada siapa boleh tegur.kalau di tegur mereka melenting sebab bijak pandai la katakan…. Aku tak sebelah mana-mana pun.. baik barisan ataupun pembangkang apada aku parti bukanlah jalan hidup aku.. Islam lah jalan hidup aku.. Ulamak mengajak kearah memajukan islam bukan memajukan parti… mengajak manusia menghayati islam  bukan menghayati  arah tuju  parti.. Islam juga mengajak manusia kea rah perpaduan bukan berpuak-puak..

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orang, tanya hati kita dahulu apakah tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang pula, apakah tujuan kita sebenarnya? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk-nunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu lebih tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu". Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.


Wallahu 'alam.

Monday, May 14, 2012

Islam Dah Berpecah Belah???

 Peringatan Ulamak Islam Tentang Golongan Pemecah-Belah

Pada sebahagian golongan, persoalan-persoalan tersebut digembar-gemburkan sebagai perkara qot’ie yang tidak boleh ada perbezaan pendapat di dalamnya. Mereka ini berkeyakinan pendapat yang benar hanyalah pendapat mereka.

Sementara orang yang berpendapat di luar apa yang mereka katakan adalah orang yang keluar dari agama, fasiq, menyimpang atau sekurang-kurangnya tidak komitmen (taat) serta cenderung kepada memudahkan masalah. Ramai yang dituduh tidak mencintai Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, berhati keras dan kepala batu seperti orang-orang Arab Badwi di masa lalu yang keras dan kasar. Malahan lebih daripada itu banyak yang dituduh munafiq, zindiq, dan musyrik.

Akhirnya kaum Muslimin pun memeraskan seluruh tenaga dan pemikirannya dengan persoalan-persoalan ini; walaupun pada hakikatnya ia termasuk dalam lingkungan perbezaan pendapat serta setiap mazhab dan aliran mempunyai dalilnya masing-masing. Walau bagaimana pun jumlah masalah-masalah yang disepakati jauh lebih banyak daripada yang diperselisihkan.

Jika dihitung masalah-masalah fiqh yang berasal dari ulama terdahulu dengan segala bentuknya, terdapat lebih daripada sejuta masalah. Apabila dihitung peratusan perbezaan pendapat maka rasionalnya tidak lebih daripada satu masalah pada setiap 10,000 masalah. Jadi apakah logik (masuk akal) dan dapat diterima bahawa kita sepakat di dalam 10,000 masalah, lalu apabila kita berbeza pendapat, setiap daripada kalangan kita menyerang dengan ungkapan yang tajam terhadap temannya? Sehingga hal itu menjadi suatu jihad tanpa peperangan. Hal seperti ini jelas hanya menggambarkan kekosongan fikiran, malahan rendahnya penguasaan ilmu fiqh dan pemahaman terhadap agama secara keseluruhan.


 Sesungguhnya benarlah apa yang pernah diungkapkan oleh ahli hikmah bahawa penawar boleh menjadi racun jika disalahgunakan atau jatuh ke tangan orang yang tidak ahli dalam menggunakannya. Demikianlah halnya apa yang berlaku ada hadith yang menyeru berpegang dengan Sunnah dan menjauhkan Bidaah.

Pada hakikatnya bertujuan memelihara kemurnian ajaran Islam dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam. Namun terdapat pihak yang mengunakannya untuk membidaahkan amalan sebahagian besar umat Islam yang sebahagiannya merupakan pendapat Jumhur Ulama dan yang lainnya adalah masalah khilafiyyah di kalangan para fuqaha'. Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan dan fitnah di kalangan masyarakat Islam di mana sahaja penyakit ini merebak.

Al Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim ketika menggambarkan kesan yang ditinggalkan oleh kegiatan golongan ini terhadap keharmonian masyarakat Islam di Mesir dalam bukunya al-Salafiyyah al-Mu'assarah, menulis :

Kita sekarang berhadapan dengan satu gelombang taufan melanda secara membuta tuli, dengan pelbagai dakwaan dan dakyah yang memaklumkan sebahagian besar umat Islam terkeluar daripada agama Allah.. kerana mereka tidak mengikut dan berpegang dengan pendapat yang dipegang oleh golongan berkenaan.. hingga memporak-perandakan keluarga.. anak menuduh bapanya kufur dan syirik, anak perempuan menderhaka kepada bapa dan menganggapnya ahli bidaah dan fasik. Ada juga berlaku wanita kahwin dengan lelaki lain tanpa penceraian yang sah dengan suaminya berasaskan anggapan bahawa perkahwinan dengan suami pertamanya tidak sah kerana dia seorang yang kafir..


Demikian besarnya fitnah yang ditimbulkan oleh penyalahgunaan tafsir nas-nas syarak tanpa berpandukan huraian oleh ulama muktabar. Hal ini memang telah diberikan peringatan oleh Rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi maksudnya:

Sesiapa yang mentafsir al Quran tanpa ilmu maka bersedialah menduduki tempatnya di dalam neraka. 

 Jadi sahabat2 dan pembaca blog sekelian, jgnlah kamu setakat mengkopi dan paste sahaja posting dan terjemahan oleh mereka2 yang bukan ahli sedangkan yg mengaku bijak pandai juga ramai dan mereka jugalah yang banyak mengheret kita ke dalam neraka sebagaimana sabda nabi Muhammad saw. Sesungguhnya kadangkala diam itu lebih baik dari berkata2.