Daging Eksotik Untuk Ibu Berbuka Puasa
Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid baru baru ini.Kisah ini terjadi disekitar awal tahun 90an, ianya bermula dengan seorang pemuda 30an yang sering menjerit-jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan. Dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria. Oleh kerana amat kasihankan beliau, jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati. Maklumlah kalau ada orang yang menjerit-jerit tatkala maghrib menjelang biasanya ada kaitan dengan sihir..
Sebelum sessi pengubatan, ustaz tersebut mcm biasa akan mengadakan sessi temuduga dulu sebab nak kesan apa punca dan bagaimana boleh terjadinya kerasukan tersebut. Lalu pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati yang menjadi punca beliau histeria hingga sedemikian rupa..
Ceritanya juga berkisarkan kejadian yang terjadi beberapa tahun sebelum itu. Pemuda tersebut adalah seorang bujang yang tinggal dengan ibunya. Beliau telah kematian bapanya dan beliau juga merupakan anak tunggal. Walaubagaimanapun di didik dengan penuh kasih syg oleh ibunya, dia seorang yang nakal dan liar. Beliau bukan saja sering melawan cakap ibunya malah tidak mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa ketika lelaki itu sedang tidur. Dah lah tak puasa, tidur dan penatnya mengalahkan org yang puasa pulak. Oleh kerana mengantuk tahap gabannya akibat berjaga malam sebab melepak dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil tak mau pergi bak umpama anjing yang menyalak bukit sahaja diperlakukan ibunya. Langsung tak ada respons. Hingga akhirnya dengan perasaan marah sebab terlalu lapar kut, si ibu terus memaksa dia dengan kasar pulak supaya pemuda malas tersebut bangun dan membeli sesuatu untuk dibuat berbuka. Pemuda tersebut yang dah hilang stim tidurnya terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas lalu dibelinya daging untuk ibunya memasak. Si ibu lalu dengan amat gembira, ambik daging daripada si anak, masak lemak cili api dengan santan lebih. Dengan air liur yang berkecur-kecur, si ibu berselera sungguh berbuka puasa hari itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis semula hingga meraung-raung bagaikan dirasuk syaitan. Si ustaz pulak ingat dah tiba masanya untuk dia mengubat sebab si pesakit dah naik sheikh. Mesti syaitan iblis jin yang mengganggu dah masuk dalam badan nih.Tetiba dalam sedu tangisnya dia bertanya pulak kat ustaz tu,"Ustaz tahu daging apa yang saya beli?". Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu sambil dalam hati cakap kalau aku tau tak perlu la aku tanya kau bengong... Untuk cover line marahnya ustaz tu tanya "Daging apa?". Lantas satu jawapan yang buat ustaz tu terduduk terjelepok dengar keluar dari mulut pemuda "lindungan kaabah" tersebut "Saya beli daging babi ustaz!, saya berdosa Ustaz" jawab pemuda itu. Ustaz tergaman tidak terkata. "Masya Allah" hanya itu saja yang mampu diungkapkan oleh ustaz tersebut. Kalau kenangkan masa kaciknya memang la ustaz tu nakal jugak. Pernah lah dia bagi adik dia makan cacing tapi tak lah tergamak buat mcm pemuda tersebut. Inikan pulak pada mak tersayang yg mengandungkan, menyusukan, membesarkan kita.
Lelaki 30 an tersebut meneruskan cerita bila tgk ustaz tersebut terkedu dan terduduk mcm ustaz tu pulak yg nak kena bagi minum air yassin untuk kuatkan semangat. ”Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya. Saya nak kenakan dia supaya dia sediakan lauk ular pulak untuk berbuka puasa” ceritanya lagi. ”Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor”.”Ya Allah besarnya dosa saya ustaz”. Ustaz lagi terkedu sebab fikirkan agaknya lepas ni dia akan cerita pulak dia potong daging musang kena langgar kete untuk beri mak dia makan. Survival sungguh mak dia..
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia sebab makan sup ular yang tak disembelih kut... Selepas ibunya meninggal dunia pemuda itu telah diresapi oleh rasa keinsafan dan bertaubat. Al maklumlah, setelah pemergian ibunya beliau sunyi, tiada lagi suara2 menyuruh dia ke pasar. Tiada lagi siapa nak masakkan makanan untuk dia melahap. Sehingga setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat melupakan kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi. Nasib baiklah ibunya pergi setelah menikmati sup ular yang dibelinya. kalau tak, tak tau lah daging haiwan eksotik apa lak yang dia akan beri ibu dia makan.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan menerangkan hadis nabi bahawa malaikat berdoa, laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua. usahkan jaga, tengok mereka sebulan sekali pun belum tentu mampu lagi. Yang nyata, ibu bapa mampu tahan karenah 10 org anak2 mereka tetapi adakah 10 org anak2 itu mampu menahan sabar atas karenah ibu bapa mereka bila mereka tua dan nyanyuk??
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran. Doa kanlah agar taubatnya diterima dan menjadi pengajaran kepadanya buat selama-lamanya. Ingatlah juga mendoakan kesejahteraan org lain yang kita tidak kenal itu amat disukai Allah malah Malaikat akan berebut-rebut untuk mengangkat doa tersebut kehadrat Allah swt kerana ianya adalah doa yg paling ikhlas dan terpuji. Semoga kita semua mendapat manfaat dan iktibar dari kejadian ini.
1 comment:
cerita ni sedih tp sy 2-3 kali ketawa sbb selingan2 penulis. hhhrrmm. .
Post a Comment