Monday, August 8, 2011

Anak oh Anak

Antara punca gagal mendapat zuriat serta cadangan untuk memperbaiki keadaan tersebut

Anak adalah anugerah Tuhan. kehadiran cahayamata dalam kehidupan pasangan suami isteri adalah kebahagiaan yang tidak terhingga kepada setiap pasangan. namun, bukan semua pasangan 'mudah' dikurniakan anak. ada yang 'bertuah' yang perlu menjalani beberapa 'fasa' barulah dapat anak

credit to Mommy Lyna untuk info ini~*
Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).

Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah membaw kepada perceraian!

Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca cari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

Punca wanita tidak subur:
  • Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  • Penyakit berkaitan kelamin.
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  • Merokok.
  • Pengambilan kafein yang berlebihan.
  • Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).
Punca lelaki tidak subur:
  • Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
  • Sperma kurang cergas
  • Sperma yang tidak sempurna
  • Sekatan pada saluran semen
  • Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.
Punca kedua2 lelaki dan perempuan tidak subur:
  • Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
  • Pendedahan terhadap punca radiasi.
  • Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.
Vitamin-Vitamin Untuk Tingkatkan Kesuburan:
  1. Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
  2. Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
  3. Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.
  4. B Complex - Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.

No comments: