Sebenarnya, samaada MADU atau RACUN seseorang perempuan itu kepada anda,semuanya bergantung kepada diri anda sendiri.“ANDA LELAKI JENIS APA ?”.LELAKI HORMAT PEREMPUAN atau LELAKI TIDAK HORMAT PEREMPUAN ?
Takkan selamanya anda hendak meletakkan beban kesalahan ke atas perempuan.
(Sudah memang potongan badan kau seksi dan mengiurkan..macam mana aku (lelaki) tak cair)
Sampai bila anda hendak menyalahkan perempuan
(Itulah, siapa suruh jadi comel sangat, cun sangat, lawa sangat…macam mana kami tak mengurat).
Salahkah perempuan diciptakan Tuhan ? Salahkah Tuhan kerana menciptakan perempuan itu cantik dan memikat ? Salahkah Tuhan kerana menciptakan perempuan menarik nafsu lelaki ? Adakah perempuan diciptakan untuk menjadi punca dosa si lelaki ?
Tuhan Maha Bijaksana. Tuhan tidak menciptakan perempuan kerana sebab yang sia-sia. Maka, Tuhan tidak menjadikan perempuan sebagai RACUN kepada lelaki-lelaki, TETAPI seseorang perempuan akan/bakal menjadi RACUN kepada seseorang lelaki, jika sekiranya sifat si lelaki itu amat lemah dan terlalu mudah terpesona dan taksub dengan perempuan yang cantik dan menggoda.
RACUN atau MADU…faktor penentunya ada dalam diri anda, wahai lelaki !
Apa buktinya ? Anda boleh melihat sendiri bukti kelemahan segelitir lelaki apabila terlihat kecantikan dan tawanan perempuan. Ada di antara lelaki-lelaki ini, berbadan besar, bertubuh tegap, bertenaga fizikal tetapi ternyata ketahanan dalaman dirinya amat lemah, begitu mudah beralih pandangan, begitu mudah hilang kawalan perangai, begitu mudah taksub terhadap perempuan-perempuan yang cantik yang dilihat di sekeliling mereka sehinggakan sanggup tidak mempedulikan pantang larang masyarakat dan halal haram agama.
Adakala kita juga saksikan dengan mata kepala kita sendiri. Ada seorang perempuan. Wajah perempuan itu memang lawa dan manis…jika diagak dari luar, memang bentuk badannya diciptakan menarik hati. Namun, perempuan itu menyedari tanggungjawabnya kepada diri sendiri, maka dia menutup rambutnya dengan tudung, dari bahunya ke bawah badan dia memakai baju blouse yang labuh menutup pinggul. Blosue yang dipakainya juga tidak ketat. Walaupun apa yang dipakainya bukanlah purdah ataupun jubah, perempuan itu sudah cukup kelihatan sopan dari segi pakaian dan gerak jalannya. Dia adalah perempuan yang sopan dan pemalu.
Apa yang amat malang sekali, masih ada LELAKI-LELAKI LIAR dan LELAKI-LELAKI YANG SEKADAR SUKA-SUKA sanggup dan berani menganggu,mengurat (berfoya-foya), mengusik (gurauan lucah), bermanja-manja (mengada-ngada), dengan perempuan baik-baik seperti itu.
Bohsia..Minah rempit..Pelacur..Perempuan liar...ramai di luar sana…carilah jenis-jenis perempuan sebegitu, yang tiada kesedaran diri dan sengaja merelakan diri dilayan sebagai objek mainan lelaki [maaf]. Mengapa perempuan baik-baik yang sopan, pemalu dan bermaruah pula diusik,diganggu dan dijadikan bahan mainan ? Sungguh kasihan.
Ada satu sebab yang mungkin..mungkin disebabkan LELAKI-LELAKI LIAR dan LELAKI-LELAKI YANG SEKADAR SUKA-SUKA sebegini sudah mula menjadi bosan dan muak mengurat, melayan dan mengambil kesempatan ke atas perempuan-perempuan liar dan berfikiran terbuka yang bagi mereka perempuan-perempuan sebegini terlalu mudah dipuji,dipujuk,didekati,dihampiri,disakat,diusik,dibawa kemana-mana dan diperdaya. Sedangkan perempuan baik-baik pula tidak mudah termakan pujian dan pujukan dan selalunya akan bersikap ‘defensive’, berdiam diri atau menolak apabila dihampiri oleh lelaki-lelaki miang. Bagi mereka, perempuan-perempuan sebegini adalah ‘challenge’ atau mencabar. TERKUTUK PUNYA PERANGAI !.
Tahukah anda bahawa sebenarnya setiap perempuan cantik dan menawan itu dicipta oleh Tuhan kerana satu tujuan iaitu “SEBAGAI UJIAN UNTUK LELAKI-LELAKI” termasuk anda. Terpulang kepada sejauh mana si lelaki menggunakan akalnya secara baik dan sekuat mana iman dan ketahanan dirinya untuk menundukkan nafsu sendiri dan memenangkan akal tatkala melihat dan menghampiri seseorang perempuan yang cantik dan menawan.
Di bawah adalah 6 ciri/symptom yang boleh menentukan samaada seorang perempuan itu adalah RACUN kepada anda. Cuba periksa diri anda sendiri. Jika salah satu daripada ciri-ciri di bawah terkena pada diri anda, maknanya perempuan itu adalah RACUN bagi anda:
- Anda sudah ada awek, tapi masih mengurat dan ingin menakluk perempuan lain.
- Anda sudah ada isteri yang cantik, tapi masih mengada-ngada dan memikat perempuan cantik di luar.
- Apabila anda melihat seseorang perempuan cantik, anda cemburu dan dengki pada lelaki yang memiliki perempuan cantik itu (suami, tunang, boyfren)
- Apabila anda melihat perempuan-perempuan cantik di mana-mana, anda mahukan mereka semua (tamak)
- Anda tahu bahawa perempuan cantik yang anda lihat itu isteri seorang lelaki yang lain, tetapi anda tidak mempedulikannya dan anda sanggup menyebabbkan perempuan itu berpisah dengan suaminya demi memiliki perempuan cantik itu.
- Anda sedar seorang perempuan cantik itu hadir bersama teman lelakinya di sisi, tetapi anda tidak mempedulikan teman lelaki perempuan itu, malah anda terus berani mencabar kesabaran si teman lelaki itu dengan mengurat dan bermesra-mesra dengan teman wanitanya.
Tetapi ingat… RACUN atau MADU…faktor penentunya ada dalam diri anda, wahai lelaki !
Jika seseorang perempuan itu menjadi RACUN kepada anda, sekiranya anda lemah iman, lemah ketahanan dalaman dan tidak mahu menggunakan akal…akhirnya, anda akan kehilangan rasa hormat pada perempuan itu, kehilangan rasa belas kasih dan simpati, menjadi angkuh dan tamak dan menjadi amat mementingkan diri sendiri.Akhirnya terjadilah kecurangan, gangguan seks, culik, cabul dan rogol.
Note:
Penulis teringat dahulu ada satu kes jenayah dipaparkan di dada akhbar...seorang lelaki tidak dikenali yang terlalu cemburu dan sakit hati melihat sepasang couple sedang duduk bersama di taman…terus memukul teman lelaki perempuan itu dengan objek keras sehingga mati.
Kerana cemburu dan dengki…sanggup membunuh orang. KEJAM…TIADA BELAS KASIHAN. Sebab itulah, cemburu dan dengki itu diumpamakan RACUN semulajadi yang wujud dalam diri seseorang yang boleh merosakkan hati, melumpuhkan akal dan membahayakan nyawa sendiri dan orang lain pada akhirnya.
Credit to : Cikguaziz.blogspot.com
No comments:
Post a Comment