Thursday, June 16, 2011

Mara bahaya jangan dicari

PERBUATAN menggoda isteri orang dengan niat untuk bersuka-suka atau untuk bersanggama adalah satu kesalahan mengikut undang-undang negara. Kesalahan itu termaktub dalam Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang menyebut memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan kearah mengadakan hubungan seks adalah satu kesalahan jenayah (termasuk menggoda dgn ayat2 lucah).

Tafsiran seksyen berkenaan berbunyi begini: Barang siapa membawa atau memikat seseorang perempuan yang menjadi dan yang ia ketahui atau ada sebab untuk mempercayai sebagai isteri seseorang lelaki lain atau, daripada lelaki itu, atau daripada seseorang yang bertanggungjawab menjaga perempuan itu bagi pihak lelaki berkenaan, dengan niat supaya perempuan itu boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengan mana-mana orang, atau barang siapa menyembunyikan, atau menahan dengan niat itu seseorang perempuan tersebut, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Meskipun undang-undang itu sudah sekian lama wujud namun ia hanya diketahui umum secara meluas akhir-akhir ini apabila prosiding satu kes membabitkan seorang selebriti jelita serta suaminya dan seorang tokoh korporat dilaporkan media massa.
Walaupun kes itu belum diadili sepenuhnya, ia sudah dibawa ke Mahkamah Persekutuan berikutan pertikaian membabitkan isu tunjang yang menyentuh Perlembagaan Persekutuan.

Namun, baru-baru ini, mahkamah tertinggi negara itu memutus untuk menghantar balik kes berkenaan ke Mahkamah Majistret untuk dibicarakan. Penghakiman itu dibuat berikutan Mahkamah Persekutuan berpendapat Mahkamah Majistret perlu memutuskan fakta kes berkenaan terlebih dahulu sebelum pihak terbabit boleh memohon untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk menimbang tara isu berkaitan Perlembagaan yang menjadi perhujahan. Antaranya :


1. sama ada Seksyen 498 Kanun Keseksaan satu undang-undang yang berat sebelah kerana hanya menjadikan lelaki sebagai sasaran liabiliti jenayah dan sehubungan itu, bertentangan dengan Perkara 8 (1) dan (2) Perlembagaan yang mengikrarkan kesaksamaan lelaki dan wanita di sisi perundangan.

2. sama ada seksyen itu berbentuk diskriminasi terhadap lelaki kerana hanya menjenayahkan tindakan lelaki semata-mata walaupun dalam perbuatan yang dilakukan bersama atau dengan persetujuan pihak perempuan dan sehubungan itu, bertentangan dengan Perkara 8 (1) dan (2) Perlembagaan.

3. sama ada seksyen itu juga bertentangan dengan Artikel 5(1) Perlembagaan Persekutuan yang mana ia merampas kebebasan seorang lelaki untuk berkawan atau berhubungan dengan wanita yang sudah berkahwin.

4. sama ada seksyen itu merupakan satu peruntukan undang-undang yang tidak munasabah dan kuno kerana membawa tanggapan bahawa kaum wanita tidak ubah seperti barang dan tidak mempunyai keupayaan untuk menjalin persahabatan dengan lelaki secara rasional.

* ramai lagi pompuan yang bujang2, buat ape lah nak pikat isteri orang!!
Itulah sebabnya lelaki dikurniakan 9 akal untuk berfikir bukannya berfikir dengan kepala lutut bila nafsu menguasai diri. So pada isteri2 dan suami2 xyah la nak berkawan2 dgn org lain sbb manusia akhir zaman ni imannya terlalu nipis utk melawan godaan syaitan. Pada yang dah buat insaflah kamu sebelum terlambat..

No comments: