Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Monday, September 10, 2012

Kalau kepala lutut bergerak-gerak..


Orang tua-tua zaman dahulu selalu mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat.Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui.Tetapi yang pasti orang tua-tua  dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yang lalu. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku, membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.


Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan.

Kelopak mata kiri bergerak - melihat perempuan

Kelopak mata kiri ke atas bergerak - ada orang akan berjalan jauh.

Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis

Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh.

Ekor mata kiri bergerak-gerak - mendapat sedikit kepayahan.

Biji mata kanan bergerak-gerak - akan menangis dalam bercinta

Biji mata kiri bergerak-gerak - gembira dihati

Umbun bergerak - berbahagia pada hari tersebut

Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan

Bibir bawah bergerak = akan menangis.

Waktu subuh kepala kita bergerak - beroleh kerja yang baik.

Siku kanan bergerak-gerak - beroleh kebahagiaan.

Siku kiri bergerak-gerak - orang yang mengasihi kita akan datang

Pelipis telinga bergerak - alami kebahagiaan.

Telinga bergerakakan - berkelahi

Kepala bergerak - ada orang menyakiti hati kita

Kepala bergerak ke kiri - beroleh kebesaran.

Bahu kanan bergerak-gerak - harta hendak datang

Bahu kiri bergerah-gerak - bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan kanan bergerak-gerak - akan sakit kepala.

Lengan kiri bergerak-gerak - beroleh harta

Pipi kanan bergerak-gerak - alamat sakit mata.

Pipi kiri bergerak-gerak - sentiasa bahagia. 

Mata tak bergerak-gera - Jangan tunggu lama2 panggil je tok imam untuk terus mandikan jenazah.....

Saturday, March 24, 2012

Petua Lama Menghilangkan selulit

Petua Lama Menghilangkan selulit & Cara memerangikan Selulit cara Moden

Hmmm kali ni aku nak kongsi lak petua yang aku terbaca ni. So mana2 femfuan yg berminat nak cantikkan kulit elok la baca. Kita semua sedia maklum,selulit atau kesan parut pada bahagian luar paha,perut dan punggung amat sukar untuk dihilangkan. Tambahan pulak pada sesapa yg pernah tergemuk ataupun yang pernah ngandung. Tak byk sikit kat perut yg membesar pasti ada sedikit kesan kan. Akan tetapi rawatan tradisional akan dapat mengurangkan kesannya.

Cara-caranya:

Cara 1. Ambil tawas,bancuh/canpur dengan sedikit air suam. Sapukan pada tempat atau bahagian yang terdapat selulit setiap hari.

Cara 2. Ambil minyak kelapa hijau,gunakan untuk mengurut bahagian badan yang berselulit setiap pagi selepas mandi.

Cara 3. Ambil timun muda dan parut serta biarkan berembun selama semalaman kemudian sapukan pada bahagian badan yang berselulit.

Cara 4. Ambil sebiji atau dua biji buah belimbing besi dan parut serta dicampurkan dengan madu asli,lalu sapukan ramuan tadi dibahagian yang berselulit,jika sering dilakukan hasilnya sangat memuaskan.

Cara 5. Ambil 5 pucuk daun bunga raya,giling atau tumbuk hingga lumat,simpan dalam peti sejuk/kulkas,dan sapukan ramuan ini pada bahagian yang terdapat selulit pada waktu malam.Lakukan rawatan setipa hari,anda akan melihat hasilnya...insyaAllah.

Cara 6:
-Ambil segenggam beras yang sudah dibersihkan.
-sebuku kunyit hidup.
-Lima helai daun pucuk senduduk.
-Sedikit kapur sirih
-Halia/jahe
-Daun cekur/kencur

Tumbuk atau blender semua bahan-bahan tersebuthingga hancur lalu sapukan pada bahagian badan yang berselulit.Amalkan setipa hari selama 2 minggu berturut-turut.Hasilnya cukup memuaskan hati anda.

Selamat mencuba..