Ramai antara kita terutama generasi muda yang pada saat menonton perlawanan bolasepak atau berdemo ramai-ramai membunyikan trompet. Bunyinya bingit dan amat menganggu. Entah kenapa ramai juga ibu bapa yang membelikan alat sebegini untuk dijadikan hiburan kepada anak-anak mereka.
Semasa perhimpunan menyambut ambang ulangtahun Merdeka baru-baru ini di sesetengah tempat bunyi trompet ini sangat menganggu penonton yang mahu mendengar ucapan yang sedang disampaikan. Mungkin ramai dikalangan kita sendiri tidak menyedari bahawa Rasulullah melarang kita meniup trompet.

Dari Abu ‘Umair bin Anas dari ibu saudaranya yang termasuk sahabiyah anshor, “Nabi memikirkan bagaimana cara mengumpulkan orang untuk solat berjamaah. Ada beberapa orang yang memberikan usulan. Yang pertama mengatakan, ‘Kibarkanlah bendera ketika waktu solat tiba. Jika orang-orang melihat ada bendera yang berkibar maka mereka akan saling memberi tahukan tibanya waktu solat. Namun Nabi tidak menyetujuinya.
Orang kedua mengusulkan agar memakai trompet. Nabipun tidak setuju, beliau bersabda, ‘Membunyikan trompet adalah perilaku orang-orang Yahudi.’
Orang ketiga mengusulkan agar memakai loceng. Nabi berkomentar, ‘Itu adalah perilaku Nasrani.’ Setelah kejadian tersebut, Abdullah bin Zaid bin Abdi Robbihi pulang dalam keadaan memikirkan apa yang difikirkan Nabi. Dalam tidurnya, beliau diajari cara berazan.” (HR. Abu Daud, shahih)

Hadits di atas adalah di antara sekian banyak hadits yang menunjukkan bahwa menyerupai orang kafir adalah terlarang. Nabi tidak senang dengan trompet Yahudi yang ditiup dengan mulut dan loceng Nasrani yang dibunyikan dengan tangan, beliau beralasan kerana itu adalah perilaku orang-orang Yahudi dan Nasrani.
Ini menunjukkan bahwa Nabi melarang semua ciri khas Yahudi dan Nasrani bahawa dua jenis suara tersebut merupakan simbol Yahudi dan Nasrani .Orang-orang Nasrani membunyikan loceng dalam berbagai keadaan, meski di luar waktu ibadah mereka.
Jika membunyikan trompet kerana mengumpulkan orang untuk melaksanakan solat berjamaah Rasulallah larang, maka bagaimanakah pula dalam perkara menonton perlawanan bolasepak atau berdemo?

‘Membunyikan trompet adalah perilaku orang-orang Yahudi,’ kata Nabi. Fikir-fikirkanlah bersama.