Showing posts with label islamik. Show all posts
Showing posts with label islamik. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Pakai Tudung Pun Masih Telanjang

Bertudung bukan sahaja trend, malahan ianya adalah satu tuntutan kepada semua wanita Muslim agar menutup aurat. Perkembangan trend bertudung dilihat semakin berkembang dengan adanya fesyen tudung terkini dengan pelbagai warna yang lebih menawan untuk digayakan.

Selain daripada itu juga, si pemakai tudung gemar menjadikan selebriti tanah air sebagai ikon mereka dalam menggayakan tudung. Antara selebriti yang terkenal dengan gaya bertudung mereka adalah Datin Norjuma Habib, Wardina Safiyyah dan juga Yuna dimana gaya mereka menjadi ikutan sehingga kini.

Ramai yang memakai tudung tetapi pemakaiannya tidak kena dengan fesyen yang digayakan dan juga tidak mengikut tuntutan syariah dalam panduan menutup aurat.

Ikuti beberapa tips ini mengenai cara dan panduan bagi mereka yang memakai tudung:

Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambut

Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk bertudung, harus tahu garis panduan menutup aurat dengan betul, antaranya adalah pastikan anda memakai tudung dan menutup keseluruhan rambut tanpa ada sehelai rambut pun dapat dilihat. Ramai yang tidak sedar akan anak rambut yang terkeluar akibat tidak dilitupi dengan kemas, ingatlah bahawa anak rambut itu juga haram dilihat oleh lelaki bukan muhrim kita. Maka anda haruslah menutupi rambut dengan tudung penuh agar anak rambut dan juga rambut lain tidak dapat dilihat.

Pilihan tudung yang tepat

Jangan pilih tudung yang jarang dan dapat melihat rambut anda di dalam. Walaupun anda telah memakai tudung. Niat anda untuk menutup aurat haruslah beserta cara yang betul. Jangan disebabkan kerana mengikut peredaran zaman yang dikatakan memakai tudung adalah kerana fesyen barulah anda memilih untuk bertudung. Apabila berniat untuk menutup aurat, tudung yang dipilih juga harus kena dengan nawaitu kita. Jangan pilih tudung yang jarang dan digayakan tanpa memakai anak tudung yang betul. Anda masih dikira belum mampu menutup aurat dengan betul jika memakai tudung yang jarang.

Pakaian harus bersesuaian

Jangan memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan anda, kerana Islam menyarankan anda menutupi aurat dengan bertudung untuk menutupi sebahagian badan selepas memakai baju agar tidak menimbulkan fitnah bagi mereka yang melihat. Jangan memilih pakaian yang singkat sehingga menampakkan sebahagian tangan anda kerana itu merupakan aurat yang wajib dijaga semua wanita Muslim.

Pakaian yang singkat dari pinggul

Apabila bertudung, pemakaian juga harus dijaga, jangan memakai baju yang pendek sehingga di paras pinggang. Pastikan baju yang dipilih melebihi paras pinggul kita dan longgar. Ini kerana apabila kita memakai pakaian yang ketat dan pendek, apabila kita duduk ataupun merangkak, akan nampak sebahagian badan kita di belakang.

Pastikan tudung menutupi bahagian dada dan leher

Aurat yang seringkali dilupakan wanita muslim adalah menutupi sebahagian dada dan juga bahagian leher. Ramai yang tidak mengambil endah perkara sebegini sehinggakan mereka memakai tudung, namun masih boleh dilihat leher mereka kerana pemilihan tudung yang tidak sesuai. Pilih tudung yang lebih panjang untuk menutupi dada anda. Pastikan tiada belahan di bahagian leher agar tidak kelihatan kulit leher anda ketika memakai tudung.

Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di atas kepala

Jika benar itu adalah rambut anda, cuba elakkan membuat sanggul yang terlalu tinggi di atas kepala kerana ianya hanya akan mengundang fitnah kepada mereka yang melihat. Ikat rambut anda dan simpulkan di tengah-tengah kepala dan baluti rambut anda dengan anak tudung yang boleh menutupi semua rambut sebelum memakai tudung.

Pilih tudung yang mengikut garis panduan Islam

Berikutan fesyen terkini yang kian meningkat dalam pemakaian tudung, banyak gaya tudung yang diilham dari pelbagai agama yang turut mempraktikkan penutupan rambut. Oleh yang demikian pastikan pilihan tudung anda mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Wednesday, December 14, 2011

Ayat Pengasih


Mari lah kita amalkan ayat2 pengasih yang dipetik dari ayat2 quran yg menjadi amalan masyarakat Islam. Yang mana ianya 1000X lebih baik dari melakukan kerja2 syirik dan menyekutukan Allah.


1.     Surah Yusuff ayat 4.
Surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini. Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan... Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapa mereka), keluarga dan sahabat handai.
 
 
"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Amalkan surah Yusuff, ayat 4 sebanyak 3 kali selepas setiap kali solat. Boleh juga dibaca semasa suami tidur dan hembuskan pada ubun-ubun kepalanya dengan niat kasih sayang akan kekal dalam hatinya untuk kita.


Dengan mengamalkan membaca surah Yusoff, ayat 4, dan disambung dengan surah Thaha, ayat 39, bila di hadapan suami atau pasangan. Memadai dengan membaca di dalam hati. Kedua-dua ayat ini juga elok diamalkan 3 kali selepas setiap solat agar dikasihi oleh orang ramai.


Kemudian sambung Surah Thaaha Ayat 39

"Walqoitu 'Alaika Mahabbatam Minnii Walitush na'a 'Alaa 'Ainii"

Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."


2.          Surah Waqiah dan Yusuff . Bagi amalan untuk pasangan bolehlah lakukan begini:

Bacakan surah Waqiah ayat 36-38

fajaalna hunna abkar.  ’urubann atrooba.. li as ha bilyamin (7x)

Dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya. (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan.

Selepas itu baca Surah Yusuf ayat 4...
 

izqolaa yusufu liabi hiyaa abati inni roai tuahada asyarokau kaban washsham sawal qomaro roai tuhum li saa jidin (7x)

kemudian bacalah ayatul qursi 3x, Al ikhlas, Annas dan Al Falaq 3x.. tiup kt dlm air..buh dlm cawan...minumlah dan selebihnye sapu kt muke sebelum tdo...dan disertai dgn solat hajat tiap2 malam...bermohonlah dgn Allah..

3.        Surah Al-Ahqaf ayat 15. 

  Ia diamalkan untuk kebahagian keluarga. Amalkan membaca


Wawossoynal insana biwalidaihi ihsana, hamalat hu ummuhu kurhan wawadhoat hukurha, wahamluhu wafisoluhu salaasuna shahran hatta iza balagho ashuddahu wabalagho arbai nasanatan qola rabbi awzikni an’ashkuro nikmatakallati anam’ta alayya waala walidayya waan ak’mala solihan tardho huwa asslih lii fii zurriyyati,  inni tubtu ilaika wainni minalmuslimin.

"Ya Tuhanku, tunjukanlah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".


Penjelasan:
Ibnu Abbas berkata: “Allah mengabulkan do’a Abu Bakar, ia dapat memerdekakan sembilan orang mu’min diantaranya Bilal dan Amir Bin Mughirah. Tidak ada suatu kebaikan yang dikehendaki oleh Abu Bakar kecuali Allah memberi pertolongan kepadanya sehingga dapat melaksanakannya. Dan ia berdoa dengan ASHLIHLI FI DZURRIYATI, maka Allah pun mengabulkan doanya, sehingga tidak seorangpun anaknya kecuali beriman semuanya. Pada Abu Bakar berhimpun nikmat berupa Islamnya kedua ibu bapa serta anak-anaknya, Abdurrahman dan Abu Atik. Hal ini tidak terjadi pada seorang pun diantara sahabat Nabi.”

4.       Surah Al imran ayat 14

 Zuyyina linna sihubbush shahawa timinan nisa iwalbani nawalqana tiril muqantaroti minazzahabi walfiddati walkhoi lilmusawwamati wal an a’ miwal harth, zhalika mata ulhayatiddunya, wallahu indahu husnul maab.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).

-    Diamalkan 10x setiap hari supaya sesiapa memandangnya akan jatuh kasih..

-   Ayat ini boleh digunakan untuk mencari jodoh. Baca ayat ini sambil membayangkan wajah orang yang dikehendaki,tiup ditelapak tangan dan sapukan kemuka, insya Allah orang yang dikehendaki jatuh kasih.


5.       Sarah Al-Imran ayat 103-104


Waktasimu bihablilla hi jamian wala tafarroqu, wazkuru nikmatalla hialaikum izkuntum okda faallafa baina qulubikum faasbahtum binikmatihi ikhwanan wakuntum ala shafa hufrotin minanna rifa anq qozaakum minha, kazalika yubaiyinulla hulakum aayatihi la allakum tahtadun. Waltakum mingkum ommatui yad u’  ila alkhoiri wayakmuru nabilmakru fiwayanhau na anilmunkar,  waula ika humul muflihun

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan ni’mat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni’mat Allah orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.  Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung.

Baca ayat ini untuk tujuan pengasih dan untuk melembutkan hati.Boleh juga ditulis pada 15 haribulan Hijrah dan baca doanya yang khusus.

Selain itu ayat ini juga boleh digunakan supaya cakap kita didengar orang, sesuai untuk ibubapa, guru dan para penceramah. InsyaAllah segala perkataan akan dipatuhi dan akan memberi kesan kepada orang yang mendengar.


6.       Surah Al-Imran Ayat 173-174

Allazinaqa lalahumunna suinnanna saqad jamau’ lakum fakhshauhum fazadahum imaanan waqalu hasbunalla huwanikmal wakil. Fainqolabuu binikmatin minallahi wafadlillam yamsashum su unnn wattabau’ ridwanallah, wallahu zu fadlin Azim.

(Yaitu) orang-orang (yang menta’ati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia 250 telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”.  Maka mereka kembali dengan ni’mat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan Allah mempunyai karunia yang besar

Amal ayat ini denganmohon pada Allah supaya dimudahkan urusan, dikasihi. digeruni musuh, diluaskan rezeki, terpelihara dari bala.Baca ayat ini 450 kali.


7.       Surah Al-A’raf ayat 43

Wanazakna ma fi sudurihim min ghillin tajri min tahtihimul anhar, waqalulhamdulilla hiallazi hadaana lihaza wama kunna linahtadiya laula an hadanallah, laqad jaa atrusulu rabbina bilhaq,  wanuuduu ant tilkumul jannatu urithtumuha bima kuntum takmalun.

Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Rabb kami, membawa kebenaran”. Dan diserukan kepada mereka: “Itulah surga yang telah diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan”

Ayat ini boleh digunakan sebagai pendamai. Tulislah ayat ini dengan menggunakan pen tanpa dakwat ke atas makanan (kuih-muih, roti dan sebagainya). Kemudian dibahagikan kepada satu-satu kumpulan atau keluarga yang sering bertengkar. InsyaAllah, apabila mereka makan makanan tersebut, Allah akan satukan hati-hati mereka. Sentiasa dalam kasih-sayang dan tolong menolong. Ayat ini juga boleh digunakan sebagai penyakit dalaman seperti jantung, hati paru-paru, buah pinggang, pankreas dan sebagainya