Dari Jabir r.a. berkata: Rasulullullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim
pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan
godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata, “Aku telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis, “Kamu tidak
melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata, “Aku tidak
meninggalkannya (manusia) sehingga aku pisahkan antara suami dan isterinya”,
Iblis berkata, “Ya, kamulah (yang betul hebat)”. – Riwayat Muslim.
Hadis ini menjelaskan bahawa iblis dan bala tenteranya
menjadikan pasangan suami isteri sebagai sasaran utama misi mereka untuk
memecah belahkan anak cucu adam. Menjadi kebanggaan kepada mereka sekiranya
terjadi pergaduhan dan penceraian antara setiap pasangan yang berumah tangga.
Banyak perkara yang menjadi pencetus kepada soal penceraian.
Antara alasan wajib yang sering diberikan oleh pasangan-pasangan yang terlibat
ialah sudah tidak wujud lagi persefahaman, kurang interaksi, masalah dalaman
yang menemui jalan buntu, masalah kewangan dan adanya orang ketiga yang
menggoda suami atau isteri, dan tidak terkecuali terdapat unsur-unsur sihir
penyebab terjadinya penceraian.
Sebab banyak pertanyaan yang diutarakan kepada pakcik tentang sihir pelalau ni maka pakcik nyatakanlah disini sedikit sebanyak cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh mangsa sihir ini apabila terkena. Seeloknya dielakkan dengan segala amalan sebab mengelakkan lebih baik dari mengubati..
Apa Itu Sihir Pemisah Atau Pelalau?
Sihir pemisah ini merupakan sihir yang seringkali
dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang
selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan
sebagainya. Sihir ini juga dikenali sebagai Sihir “At-Tafriq” juga Sihir Pelalau.
Sihir ini mempunyai kaitan dan persamaan dengan sihir pembenci. Namun, ia lebih
memfokuskan kepada pasangan suami isteri agar hubungan kedua-duanya bermasalah
dan akhirnya membawa kepada penceraian. Ibnu Kathir ada menjelaskan bahawa
setiap pasangan suami isteri yang terkena sihir ini akan mengakibatkan
pandangan suami atau isteri terhadap pasangannya disihirkan sehingga kelihatan
hodoh atau buruk samada dari rupa paras atau perilaku.
Antara medium yang digunakan untuk menjayakan sihir ini
adalah menggunakan barang-barang yang berkaitan dengan mangsa seperti gambar
atau pakaian, air atau minyak yang telah dijampi dan dicalitkan kepada mangsa
atau diletakkan di laluan lokasi mangsa selalu kunjungi. Juga boleh dimasukkan
ke dalam makanan yang mangsa terkadang-kala tidak menyedarinya.
Sebenarnya apa yang digunakan diatas hanya lah hiasan luar
yang digunakan oleh pengamal sihir untuk mengaburi mata pelanggan-pelanggan
mereka. Pengamal sihir ini sebenarnya menggunakan jin-jin dalam simpanan
atau belaan meraka sebagai pengantara ilmu sihir mereka. Apabila pengamal sihir
tersebut mahu menghantar sihir kepada seseorang, pengamal sihir ini sebenarnya
menghantar jin-jin yang telah membuat ikatan taat setia kepada pengamal sihir
tersebut. Maka, jin-jin yang dihantar itu memasuki tubuh badan si mangsa dan
mereka inilah yang melakukan kerosakan-kerosakan dalam badan manusia. Jin-jin
tersebut akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan nafsu manusia untuk melakukan
perkara-perkara yang dihendaki oleh pengamal sihir tadi.
Antara simptom-simptom yang sering diberitahu oleh
pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti
berikut:
- Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali
- Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak yang menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir
- Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menganiayai isteri atau sebaliknya
- Timbul rasa cemburu yang melampau sehingga menyebabkan isteri rasa berang kerana mensyaki si suami telah menduakannya, padahal suami tidak berbuat yang sedemikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran suami ataupun tidur sebilik
- Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan
- Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena
- Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang dia telah melafazkan cerai, padahal si suami tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal di antara suami dan isteri
Rawatan Akibat Sihir Pemisah
Rawatannya
tidak memerlukan khidmat makhluk halus (samada jin Islam, khadam, syaitan atau
iblis) dan tidak juga menggunakan sebarang perantaraan. Ianya berdasarkan
kepada 3 amalan utama iaitu:
- Amalan Bacaan Al-Quran
- Berdoa memohon kepada Allah (s.w.t)
- Memperbanyakkan Zikir (Laila hail’lallah)
Selain
dari 3 amalan ini perubatan ini menggunakan air mineral yang dibacakan rukyah
atau yassin. Untuk rawatan sihir pemisah, mintalah bantuan mereka yang
mengamalkan perubatan islam untuk:-
- Jin-jin dan/atau sihir-sihir didalam tubuh badan hendaklah dikeluarkan dan pesakit hendaklah datang berjumpa dengan perawat untuk rawatan
- Membaca ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini
Senarai
Bacaan Ayat-ayat Penawar Untuk Mangsa Sihir Pemisah
Disamping
ikhtiar pengamal perubatan islam, gangguan ilmu sihir pemisah dapat dihentikan
dengan amalan bacaan ayat-ayat berikut oleh mangsa dan seterusnya disertai
dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut
adalah:
- Surah Al-Baqarah ayat 165 hingga 186, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t
- Surah Al A’raaf ayat 146 hingga 159, baca 3 kali selapas solat Subuh atau siang hari dan mohon doa kepada Allah s.w.t
Penutup
Ancaman
sihir yang berlaku saban hari ini bukanlah suatu metafora atau omongan kosong
semata-mata. Ianya adalah realiti yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat kita
di luar sana. Selagi ada rasa dendam, dengki dan iri hati, selagi itulah iblis
serta bala tenteranya akan terus berusaha menjerumus manusia kepada
perkara-perkara yang terkeluar dari landasan syariat Islam. Tiada jalan lain
untuk menangani masalah sihir yang dihadapi selain dari mendekatkan diri kita
kepada Allah. Firman-Nya yang bermaksud;
“Tidak ada kesusahan (atau bala
bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang
beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang
telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu)” - Surah At-Taghaabun Ayat 11.
Dirikanlah solat dan berdoalah kepada-Nya agar kita sentiasa
dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi untuk menghadapi ujian dan
dugaan-Nya. Mohonlah kepada-Nya untuk membantu kita untuk terus istiqamah dalam
beribadah kepada-Nya, diberi kekuatan untuk bermujahadah melawan serta
menangkis segala hasad dengki manusia dan tipu daya iblis laknatullah. Kerana,
sesungguhnya hanya Dia yang Maha Pelindung dan Maha Mengabulkan doa-doa
hamba-Nya.
3 comments:
For most up-to-date news you have to go to see world wide web and on internet I found
this web page as a finest website for hottest updates.
Here is my webpage: AntionetteWGieseman
When I initially commented I seem to have clicked the
-Notify me when new comments are added- checkbox and now
every time a comment is added I recieve four emails with the same comment.
Perhaps there is an easy method you are able to remove me from
that service? Appreciate it!
Look into my website; ClarethaKUlisch
Hello my friend! I want to say that this article is amazing, nice written and come with almost all significant infos.
I would like to look more posts like this .
My page NieshaKSchellhase
Post a Comment