TINGG!
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang
asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti
melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan
dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
TINGG!
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh
dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada
siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan
menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit
syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. “Rezeki
aku!” kata lelaki itu dalam hati. “Inilah hasil kerja ikhlas aku dpt rezeki
datang bergolek”
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan
oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan
ketuanya itu.
Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil
lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu
mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana
itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan
mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan
pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,
lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas. Lantas, ketuanya itu
mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil
itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah
merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana
datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat
ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Para sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara
kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’
lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa
mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi,
kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati
pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan
syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg
berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya
setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah
tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
Pakcik bukanlah mahu memerli, mengata atau menganjing
siapa2. Kadang2 diri ini yang hina dina ini pun perlu diingatkan supaya tidak
lupa dan lalai dlm menerima baik rezeki, kesenangan, kesusahan atau musibah.
Sama2 la kita yg zahir ni nasihat menasihati diri kita yg ghaib tu supaya
belajarlah mensyukuri walau atas kesenangan yang sedikit supaya kita tak jadi
lupa diri dgn kemewahan yg besar bila sampai kepada kita. Wallah huaklam..
3 comments:
Do you have a spam issue on this site; I also am a blogger, and I was wondering your situation; many of us have created some nice methods and
we are looking to exchange solutions with others,
be sure to shoot me an e-mail if interested.
Also visit my page - BernardineEBushweller
It's appropriate time to make some plans for the future and it's
time to be happy. I have read this post and if I could I want to suggest you some interesting things or
suggestions. Maybe you can write next articles referring to
this article. I wish to read even more things about it!
My weblog - StephaineCBauguess
Thanks very nice blog!
Review my webpage: CorrinMMaffit
Post a Comment