Assalamualikum wahai kekasih
Allah sekalian. Betapa kita amat bertuah dapat menikmati hidup serba cukup dan
ramai yg sungguh mewah hidup di bumi Malaysia ini. Itu pun ramai yang tak puas
hati lagi dengan pimpinan kerajaan yg dah dipilih rakyat sekarang dan ckp
kerajaan zalim. Wahai sahabat2 pembaca.. Taukah tuan puan semua apa itu erti
kerajaan yang zalim? Pada pakcik kerajaan yang zalim yg sudah terang lagi
bersuluh kat dunia sekarang ni adalah Kerajaan Syria pimpinan laknatullah
Bashar Al-Assad. Yang memalukan dia membawa nama sifat Allah yang satu iaitu
Bashar yang bermaksud Melihat tetapi berperangai binatang yang zalim. Kenapa
pula dia zalim? Lihatlah dua gambar kezaliman dibawah yang dilakukan oleh
tentera yang pro Bashar ini:
Kalau kamu rasa dizalimi fikirkan apa kezaliman yang anak2 ini lalui..
Kini, senyuman anaknda ku yang comel ini tidak lagi terlihat..
Jadi kita di Malaysia amat aman
damai dan sejahtera walau siapa pun yang memerintah tanpa ada kezaliman yang
sebegini. Namun begitu disebalik kemakmuran negara kita terselindung kesedihan
yang kita jarang lihat kerana mereka ini amat mensyukuri dengan apa yang mereka
ada. Pakcik ambil pengalaman seorang rakan dan pakcik garapkan untuk bacaan
korang semua.
Begini kisahnya bermula..Tiap
kali waktu rehat di sekolah, anak teman saya dan rakannya akan makan bersama bekalan
yang diaorg bawak dari rumah. Anak teman saya selalu makan bersama-sama
kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak teman saya
selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping
yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia
bawa dari rumah juga sedangkan anak teman saya itu akan minum milo kegemarannya
yang dibeli di kantin.
Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak teman saya pulak selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang feberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng jugak dan anak teman saya tu tak kisah pun untuk berkongsi nasi goreng tu sebab diaorg memang rapat.. Dia memang hari-hari berkongsi dengan Amira makan nasi goreng tu.. Mungkin juga si Amira ni kdg2 jemu gak sebab hari2 mkn roti kosong jer cicah air sirap... Tapi kalau ikut skrip P.Ramlee lak katanya “ Kau ni kira untung hari2 mkn hati, bkn mcm org sebelah tu hari2 mkn tulang jer… bikin sup”
Ada lah suatu hari tu..anak teman saya menyuarakan kepada Amira.. “Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko lak.. ko asyik bawak roti jer.. apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin. bernas tak idea jenayah aku?” kata anak teman saya tu kat geng bas sekolahnya.
Amira termenung sejenak dgr soalan maut dari temannya tu.. nampak muka dia macam tak sedap ibarat ayam nak berak lepas tak lepas jer.. Tapi dengan selamber dog pulak si Amira balas “Alahh Intan.. tak nak lah.. nasi goreng aku tak sedap lah.. ko mesti tak nak makan nanti.. “ kata Amira cuba menangkis ala2 taichi sikit.. Si Intan ni rasa terkilan sikit tapi menjawab “Alaa Mira.. ko bawak jer.. ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap.. ko bawak je lah.. mesti sedap punya..”
Amira jadi serba salah. Taknak bwk kang takut temannya terasa sebab dia selalu bedal si Intan punya nasi goreng tanpa rasa belas sampai habis. “Ok lah Intan.. ko punya pasal, esok aku bawak ya.. aku bawak nasi goreng special utk ko..” “Yeeaaayy” jerit Intan.. Anak teman saya suka banget coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..
Di rumah, malam hari sebelum tidor Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng.. dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Dengan penuh manja dan menggoda si Amira pun menyuarakan hasrat hatinya kat bondanya yg tersayang “Makkk.. boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?” Mak Mira terkejut.. “Apa sayang..? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..?” Amik kau.. dek sebab terkejut oleh permintaan Amira di waktu2 kecederaan ni maka terpancul 18 soalan bertubi2 dari mulut mak Amira. Klu lepas soalan mcm tu kat pakcik, hat last sekali je pakcik jwb.
“Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok.. Mira bawak roti je lah..” Dah la soalan mcm mesin gun, belum sempat si anak jawab dah keluar package soalan lain lak.. “Alahh mak.. boleh lah please.. tak payah bubuh rencah pun tak apa.. mak taruk telur je pun dah ok..” rayu Amira lagi bercampur BM dgn BI tanpa ambik pusing mak dia reti speaking atau tak.. “Ya lah.. baik lah.. Mira tidur la, esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya.. telur pun tinggal sebijik jer tau.. dah malam-malam buta ni mana nak carik telur.. bawang pun dah habis tu.. tak per lah.. mana yang ada je lah..” kekeke sekali lagi package statement mesin gun dari mak dia kat Amira.
Keesokkannya sewaktu di dalam dalam kelas.. anak teman saya tanya pada si Amira.. “Mira ko bawak nasik goreng tak arini.. aku bawak ni..” Amira Cuma diam sambil tersenyum manis.. “Ko bawak tak Mira..?” tanya anak teman saya itu mewarisi bakat mak dia melantunkan soalan ala sub mesin gun. “Bawak ler... aku bawak.. kan semalam kita dah janji..” jawab Amira sebab tak nak kena soalan ber das-das lagi. “Ok.. cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..” kata anak teman saya dengan happy nya.
Pukul 10.00 pagi loceng rehat bunyi.. mereka berdua berlari ke kantin.. nak tukar-tukar nasi goreng la katakan.. Sampai di kantin anak teman saya tanya terus pada BFF dia.. “Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..” Amira pun dengan malu2 jawab “Alah.. tak kisah.. air apa-apa pun tak apa.. aku minum jer..” So dengan lasernya si Intan jawab “Air semayang cikgu disiplin yang kaki cagu tu ko nak minum juga ke?” sambil berlalu meninggalkan si Amira yg tertanya sendiri cagu tu binatang ke makhluk halus??
Lepas beli dua gelas air milo sejuk si Intan dtg semula ke meja dan hairan lantas terus bertanya “Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..? ko duk diam jer kat situ apasal?” Dengan petah lak si Amira jawab “Ya lah.. aku tunggu ko datang bawak air ler.. kita buka bekal sama-sama..”. Si Intan yang dah x sabar nak rasa nasi goreng mak Amira jawab “Ooo.. ya ker.. jom jom kita buka bekal sama..”.
Amira pun keluarkan 'bekas' nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak teman saya tu terus tidak berkelip sebab x nampak nasi goreng yg Amira bawak.. “Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..?” “Ni lah nasi goreng aku.. ko buka je lah leh makan..” kata Amira.
Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon.. warna kuning bekas tu.. Dengan perasaan berbelah bagi anak teman saya meluncurkan soalan budak2 sekolahnya “Mira.. kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti kalau kita makan..?”. “Tak lah.. bukan aku tapi mak aku yang bubuh dalam bekas tu.. kat rumah aku mana ada tupperware macam ko.. memang kami pakai balik bekas sabun tu... standard lah.. kami memang dah biasa macam ni..” Air mata anak saya mula bergenang.. tunggu masa untuk tumpah bila dengar statement Amira.. Lalu dengan perasaan penuh rasa bersalah anak saya kata “Mira.. kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni.. aku boleh bagi ko bekas.. kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..? ko ni kan..”

Korang pun nak start nangis? nangis cepat.. pastu sambung baca..
Mira masih menunduk.. “tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah.. rezeki ni.. x baik menangis depan rezeki mak aku kata” Lalu dengan sedan anak teman saya tu cakap “Mira.. aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko.. tak pe lah Mira jom kita makan.. ko makan nasik goreng aku ya.. aku nak rasa nasi goreng ko..” Mira kembali ceria sikit dan cakap “Ehhh.. tak per.. tak per.. ko makan jer nasik goreng ko.. nasi goreng aku tak sedap.. bubuh dalam bekas sabun plak tu.. kang silap2 3 hari tiga mlm ko tercirit birit lak”. Anak teman saya yang masih cuba menyekang airmatanya kata “Mira.. jgn ckp mcm tu.. bak sini aku rasa nasi goreng ko..” Amira pun akur sambil hulur bekas Axionnya dan berkata “Ya lah Intan.. rasa sesudu jer.. kompom tak sedap nasi goreng Axion aku”
Anak teman saya tu pun makan la nasi goreng tu sesudu.. memang betul pun.. tak sedap.. nasi goreng Amira putih meleset.. tak der rencah.. tak der rasa pun.. tawar jer.. tapi anak saya tak kisah.. dia tak komplen pun.. tapi dengan muka kelat dia kunyah dan angkat ibu jarinya tanda mcm sedap. Cuma masa Amira suap nasi goreng tu.. air mata dia plak berlinang.. anak teman saya tanya “kenapa ko nangis lak.. Kan mak ko ckp x baik menangis depan rezeki?” dia balas “tak ada aper.. tak per lah.. kita makan je lah..”
Semasa anak teman saya cerita kisah ini kepada maknya beliau menangis..tapi teman saya tidak menangis semasa itu la.. dia tidak mahu menangis di depan anaknya.. Gila ko Iron Lady nak nagis depan anak.. So dia kuatkan semangat untuk mendengar cerita anaknya sampai habis.. Selesai anak teman saya tu bercerita.. dia cakap kat anak dia.. “esok bawak bekas tupperware kat dapur tu.. bagi kat Amira ya.. cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..” Then dia bangun terus keluar tengok-tengok kereta yg x calar pun tapi kelebek ngalahkan baru lepas eksiden.. sebenarnya bukan dia tengok kereta pun.. dia menangis semahunya kat tepi keta tu sebelah pasu bunga besar.. tak sangka sangat.. di zaman moden ni.. masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita.. sedih dan sayu hati dia ni dgr cerita tu..
Kepada orang kaya di luar sana.. ingatlah.. dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni.. ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan.. Pakcik berdoa kepada Allah agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan serta terus mensyukuri atas nikmat kehidupan yang Allah bagi pada mereka. Sesungguhnya dengan terus mensyukuri nikmat ini, takkan ada rasa kekurangan pun dalam kehidupan kita. Semoga Amira dan keluarganya terus tabah berjuang untuk hidup dan meneruskan kehidupan serta berusaha untuk kehidupan yang lebih baik. Semoga suatu hari Amira pula akan berjaya dan mampu membantu orang lain pulak…
Kepada mak Amira semoga terus tabah mendidik anak-anak mu dan pakcik ucapkan Selamat Hari Ibu..
No comments:
Post a Comment