Tuesday, June 19, 2012

Kukri and the Curry..

 

Kukri atau Khukuri adalah pisau Nepal yang berat dan bengkok yang digunakan sebagai senjata dan peralatan. Ia juga merupakan senjata regimen dan lambang pejuang Gurkha. Bagi ramai orang, ia hanya dikenali sebagai "Pisau Gurkha". Namanya disebut sebagai khu-khoo-ree, walaupun khukuri atau khookree adalah terjemahan lebih tepat. Kukri adalah ejaan paling dikenali dan piawai bagi nama mata sebegini.
 
Kukri mempunyai mata condong pada sudut 20° walaupun sesetengah contoh mempunyai sudut yang lebih tajam. Ia selebar 3 hingga 10 sentimeter, panjangnya melebihi 30, tirus kearah hujung dari bahagian atas yang lebar. Ia hampir sentiasa mempunyai satu mata dan hampir tidak pernah mempunyai "mata palsu". Ia biasanya mempunyai belakang yang tebal dan kelihatannya seperti gabungan antara pisau dan kapak.

Kukri kadang-kala diperbuat daripada spring daun yang di ambil dari sistem gantungan lori (spring lori atau land rover). Kukri tradisional biasanya mempunyai pemegang yang diperbuat daripada kayu keras, tanduk kerbau, atau tembaga tuang. Kadang-kala aluminium tuang digunakan dalam pertukangan moden. Mata kukri biasanya sampai ke hujung. Pemegang yang dituang mungkin mencecah mata melalui muat tekan (press fit) kerana logam panas mengecut ketika membeku. Pemegang kayu atau tanduk biasanya dipasangkan dengan damar pokok yang dikenali sebagai Laha, juga dikenali sebagai pelekat Himalaya. Sesetengah kukri (seperti yang dihasilkan oleh kontraktor bagi Tentera India moden) mempunyai mata lebar dengan pemegang dilekatkan oleh dua atau lebih rivet, biasanya dikenali sebagai Tatarajah Tang Penuh.

Kukri tradisional terbaik adalah yang mempunyai mata keras dan belakang yang lembut bagi membolehkan ia kekal tajam dan pada masa yang sama mampu menahan hentakan dan seimbang sehinggakan ia mampu mendatar sekiranya diimbangkan dengan menggunakan jari.
Luas bilah biasanya 30–38 cm (12–15 inci) tetapi saiz berbeza-beza. Mata melebihi 15 inci biasanya dianggap tidak sesuai digunakan. Versi istiadat mampu mencecah sepanjang 70 cm (27 inci) panjang. Mata Kukri untuk sembelihan biasanya digunakan bagi mengorbankan kerbau adalah lebih panjang.

Sarung kukri biasanya diperbuat daripada kayu dengan pembalut kulit. Kerja kulit biasanya dihasilkan oleh sarki. Sarungnya juga akan dihiasi dengan dua pisau kecil yang dikenali sebagai karda dan chakmak. Karda adalah mata tambahan kecil yang digunakan bagi banyak kegunaan. Chakmak digunakan bagi mengasah mata bilah dan juga boleh digunakan bagi menyalakan api dengan batu api. Batu api kadang-kala dibawa bersama dalam uncang yang dilekatkan bersama sarung.

Kukri biasanya mempunyai lekuk atau sepasang lekuk berturut pada pangkal bilah, yang dipanggil "kaura" atau "cho", terletak berhampiran pemegang. Pelbagai sebab diberikan baginya, keduanya secara praktikal dan istiadat: bahawa ia boleh digunakan bagi memerangkap hayunan pedang; bahawa ia membenarkan darah atau damar jatuh dari mata bilah dan tidak sampai ke pemegang; bahawa ia menandakan hujung bilah semasa mengasah; bahawa ia menandakan bahaya (potency); bahawa ia mewakili dewa Hindu, Kali. Kukri juga boleh mempunyai hiasan , termasuk "aunlo bal" (jari tenaga / kuasa ), alur yang lebih dalam dan sempit pada contoh moden, termasuk juga satu atau lebih "chirra", yang merujuk kepada lekuk lebih cetek pada perut bilah atau petak kosong pada tepi mata. Alur ini dikatakan melambangkan tombak dewa Siva. Terdapat kisah lain mengenai erti hiasan ini. Seringkali pembuat pisau akan meletakkan tanda pembuatnya juga berhampiran pemegangnya.

 Sejarah

Kukri telah mula digunakan oleh pasukan Gurkha dalam Perperangan Anglo-Nepal dan juga semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Orang-orang Nepal menggunakan pisau ini semenjak berusia lima tahun. Semasa Perang Dunia II, rekrut Gurkha cenderung menggunakan kukri yang dihasilkan oleh tukang besi perkampungan mereka sendiri berbanding mata yang diberikan, yang dihasilkan secara pukal. Kualiti matanya berbeza-beza. Ia terdapat dalam pelbagai saiz dari kecil kepada sebesar pedang. Mereka yang menghasilkannya dikenali sebagai Kamis (pembuat pisau) dan Kamis merupakan ahli kasta "tidak boleh disentuh".
Gurkha, terkenal sebagai tentera yang berani yang telah menggunakan kukri sebagai senjata pisau semasa berkhidmat dengan British, adalah ahli kasta Kshatriya.

Sungguhpun ada lagenda menyatakan bahawa orang Gurkha "tidak patut menghunus bilah tanpa mengalir darah", kukri adalah paling biasa digunakan sebagai peralatan pelbagai guna, sama seperti golok. Ia boleh digunakan bagi pembinaan, menerang hutan, memotong kayu api, menggali, memotong daging dan sayuran, mengulit dan juga membuka tin. Kukri juga mempunyai kepentingan keugamaan dalam ugama Hindu dan dirahmati semasa perayaan pengorbanan Dasain.

PROMOSI

Aku ada beberapa bilah Kukri handmade dari India yang ada dalam stok.. tapi stok terhad.. Cuma ada beberapa bilah jer.. So sapa2 yang berminat bolehlah email kat aku di arisha4eva@yahoo.com. Harga sebilah RM250.00 termasuk pos (Semenanjung sahaja). Aku x post ke Sabah n Sarawak, sorry guys. Nak tgk lebih dekat mcm dibawah..





2 comments:

Anonymous said...

hey there and thank you for your info – I have definitely picked up anything new from right here.
I did however expertise some technical issues using this website, as I experienced
to reload the web site lots of times previous to I
could get it to load properly. I had been wondering if your web host is OK?
Not that I'm complaining, but slow loading instances times will often affect your
placement in google and can damage your high quality score if ads and marketing with Adwords.

Anyway I am adding this RSS to my e-mail and can look out for much more
of your respective intriguing content. Make sure you update this again very soon.

Here is my web page ReginaldHHouskeeper

Anonymous said...

This is a good tip particularly to those new to the blogosphere.
Short but very precise information… Appreciate your sharing
this one. A must read post!

Here is my homepage: JenelleKLyter