Sunday, June 9, 2013

Jangan Tegur-Tegur..



Wahai sahabatku,

Sebelum menegur, tanyalah diri apakah niat engkau menegur itu. Jika niatnya adalah untuk menjaga ego sendiri, batalkan niat menegur tersebut. Jika niat mu adalah untuk menghukum pihak yang tidak bersetuju dengan kamu, batalkanlah niat menegur itu. Jika niat mu adalah untuk memalukan orang, lagilah perlu dibatalkan niat kamu.

Jikalau niat mu adalah untuk menunjukkan sendiri lebih pandai, batalkan niat mu. Jikalau niat mu untuk merendahkan pihak lawan, batalkanlah juga niat mu. Jikalau niat mu untuk menunjukkan kebodohan lawanmu, batalkan niat mu. Jikalau engkau tidak pasti kebenaran dalam teguran yang engkau niatkan itu, tangguhkan dulu teguran kamu.

Wahai sahabatku,

Bukan tidak boleh membuat teguran. Tapi buatlah teguran yang bersifat membina. Buatlah teguran yang bersifat mendidik dan menginsafkan. Buatlah teguran yang memberi harapan. Buatlah teguran selepas mendapat kebenaran dan perspektif yang betul. Sesungguhnya buatlah teguran demi tanggungjawabmu kepada Allah dan bukannya kerana manusia dan maruah mu.





Wahai sahabatku,

Jagalah maruah pihak yang hendak ditegur. Tegurlah pada isu yang ada di tangan. Jangan sesekali engkau cuba membangkitkan perkara yang lepas-lepas kerana ia akan merosakkan niat baik engkau menegur. Jangan sesekali mengisikan teguran engkau dengan suatu ungkitan kerana ianya mungkin mencalarkan hati org yg ditegur.

Wahai sahabatku,

Semasa membuat teguran, ingatlah manusia ini tidaklah sempurna walaupun sesungguhnya manusia itu melambangkan sempurnanya ciptaan Allah. Ingatlah manusia depan mu itu pernah juga berbuat baik dan berkata-kata yang baik. Buatlah teguran tanpa buruk sangka pada manusia di depanmu. Buangkan segala buruk sangka pada manusia di depanmu. Tunjukkan belas kasihan mu. Tunjukkan sifat penyayangmu. Tutupilah egomu. Dan jagalah kata-kata mu dan ayat-ayat mu. Rendahkanlah dirimu dan hinakanlah dirimu daripada orang yg engkau pandang itu.





Wahai sahabatku,

Jangan pula engkau ingat hanya kau yang layak menegur orang dan orang yang ditegur mu itu mesti akur dan terima teguran mu. Jangan engkau ingat mereka akan membisu menerima segala teguran kamu tanpa dijawab. Jangan engkau ingat engkau sahaja betul dalam teguran mu. Bersedialah berlawan dengan hujah. Jika engkau kasar dalam bahasa teguran mu, bersedialah menerima balik kekasaran yang serupa atau lebih buruk. Bersedialah engkau pula untutk ditegur bila bulat fikiranmu untuk menegur. Kerana hak menegur bukan milikmu seorang sahaja tetapi milik semua makhluk.

Wahai sahabatku,

Menegur itu mudah. Menerima teguran itu payah. Engkau memahami perkara itu di dalam jiwa tapi akibat bisikan syaitan dan egomu, kamu sering terlupa yang menerima teguran mu itu juga seorang manusia ciptaan Allah. Bisikan syaitan menyebabkanmu merasakan diri lebih tinggi ketika menegur.

Egomu menyebabkan kamu terasa diserang tanpa sebab ketika ditegur sebelum menilai teguran yang diterima samada benar mahupun palsu. Beradablah ketika menegur. Dan bersabarlah ketika ditegur kerana engkau akan saling memainkan watak ini dalam hidup kamu.




Pentingkan membimbing dan memberi harapan daripada mencari salah dan menghukum dalam teguranmu. Dan pentingkan kebenaran dan nilai bersyukur ketika ditegur kerana ada yang sanggup memberi pandangan untuk membaiki diri. Berterima kasihlah kepada org yg menegurmu kerana itulah tanda Allah sentiasa mengingatkanmu melalui lidah yang menegur itu. Jangan pula rasa jengkel apabila org lain menolak teguran dan beranggapanlah bahawa dia menolak peringatan dari Allah dan kamu takkan mengalami apa2 kerugian. Bawakanlah hak Allah dalam teguranmu supaya kamu tidak cepat latah dan marah apabila teguranmu tidak bersambut.

Ini Syiling Ahmad Albab Yang Punya..



TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.


 
TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. “Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati. “Inilah hasil kerja ikhlas aku dpt rezeki datang bergolek”

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas. Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Para sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.



Pakcik bukanlah mahu memerli, mengata atau menganjing siapa2. Kadang2 diri ini yang hina dina ini pun perlu diingatkan supaya tidak lupa dan lalai dlm menerima baik rezeki, kesenangan, kesusahan atau musibah. Sama2 la kita yg zahir ni nasihat menasihati diri kita yg ghaib tu supaya belajarlah mensyukuri walau atas kesenangan yang sedikit supaya kita tak jadi lupa diri dgn kemewahan yg besar bila sampai kepada kita. Wallah huaklam..

Thursday, June 6, 2013

Jangan Kau Kangkang, Nasi mu Itu - Mistika 36



Kalau garis halus melebar,
Laksana batu dilitupi lumut,
Tersusun sekata dipinggir kali,
Andai rumpun sudah dicabar,
Serigala Putih pasti menyahut,
Menolak tidak, berganjak jauh sekali..

Assalamualikum wahai org2 kampung pasir berdengung. Di hari yg mulia ini izinkan pakcik sekali lagi menghiburkan hati korang yg lara dengan cerita mengarut pakcik ala-ala kisah pedang setiawan yang melampau hingga ke tahap tapir khinzir yang ke belas-belasan nya pun… Bukan sekadar untuk direnung tapi dibaca sekadar mengisi waktu korang yang terluang.. daripada dok korek taik idung or dok usha tudung jiran sebelah yg dok sidai tu fesyen ariani ker atau norjuma baik baca hikayat dongeng gaban pakcik ni.. lagi tak sakit hati..

Bukanlah nak menunjuk-nunjuk tapi sekadar berkongsi pengalaman bergelut dan bergelumang dengan najis yang bernama sihir ni. Adalah seorang isteri kenalan pakcik yang bernama Allissa (bukan nama sebenar dia.. nama dia.. eh apasal pakcik nak kena tulis nama sebenar lak kan…  korang x yah tau lah.. x penting pun). Semenjak dua menjak ni atau bermenjak-menjak dikatakan adalah kurang sopan sikit sebab depan bos waktu keje pun dok menggaru-garu bontot dia yg x berapa nak tonggek tu.. Satu ari kebetulan dok terjumpa dengan dia masa nak beli sabun cap kapak dia adalah cakap kat pakcik..

"Abang Wolf (chewahh mcm mat salleh kau..) ... tolong saya Abang Wolf, badan saya sampai muka saya habis gatal2 dan berkudis. Dah penat menggaru siang malam. Kira2 dah hampir sebulan saya macam ni, pun dah banyak klinik saya pergi sampai macam2 ubat saya dah sapu, tapi langsung takde kesan...  Doktor kat hospital besar pun dah ambil sampel darah tapi mereka tak dapat kesan apa2 penyakit pada saya pun. Sementelah berjumpa Abang Wolf ni, tolong lah ubatkan saya", Allissa mengadu sambil menangis2...




Mendengar luahan hati Allissa sambil menggaru2 dpn mini market tu membuatkan saya terkedu sekejap. Jadual keje pakcik masa tu pulak agak sibuk juga sebab nak dekat exercise membataskan pakcik untuk tolong dia itu jam jugak..

Allissa ni adalah seorang setiausaha di sebuah syarikat swasta. Laki dia cakap  beliau adalah seorang yang sangat rajin dan berdedikasi. Oleh kerana sikap kerajinannya yang disenangi oleh ketua jabatan, tahun lepas je sudah dua kali Allissa dinaikkan pangkat. Walaupun ada desas desus kakitangan lain yang berhasad dengki terhadapnya itu semua langsung tidak Allissa endahkan.

Allissa ni sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Dia ni dikurniakan Allah paras rupa yang cantik dan menawan namun sebagai seorang yang sudah mempunyai suami beliau pandai menjaga diri dan tidak terpengaruh dengan godaan2 liar di pejabat. Tidak dinafikan Allissa memang seorang yang peramah dan baik hati. Sikapnya yang lemah lembut itu kadangkala disalah ertikan oleh sesetengah lelaki yang mempunyai "penyakit" didalam hati. Namun Allissa pandai menjaga diri, beliau sentiasa beringat agar hubungan baiknya dengan rakan sekerja dan ketua2 jabatan mempunyai batas2 tertentu.

Satu hari Allissa menerima panggilan telefon berbentuk ugutan dari seorang wanita yang tidak beliau kenali. Panggilan itulah ceritanya yang telah menjadikan beliau sudah serupa beruk kena belacan la nii..

"Hei Perempuan!!! Berani engkau menggoda suami aku!!, Engkau tahu dia dah ada isteri kenapa engkau tergila2kan dia? Aku akan pastikan engkau tersiksa dan merana. Aku akan buat sampai muka engkau jadi macam muka binatang!!! Aku benci engkau!!!... Aku benciiiii!!!!"... tuutt...tuutt...tuutt... talian telefon diputuskan... “

Agak2 pakcik macam tu lah lebih kurang ugutannya.. kalau salah pun x per sebab cerita dongeng. So si Allissa tergamam lah.. dah la tulis private number.. jantungnya berdebar laju terus, dadanya berombak2 sebab memang jelas sgt berombaknya tu, tangannya terus menggeletar ketakutan mendengar ugutan yang sedemikian rupa.. Setelah hampir setengah jam terdiam dekat tepi pili bomba tepi kedai tu, beliau balik ke pejabatnya dan meneruskan kerja2 pejabat seperti biasa. Walaupun fikirannya berkeceramuk memikirkan ugutan yang diterimanya sebentar tadi tapi dia cuba juga untuk nampak cool depan pekerja bawahannya..

Malam itu Allissa mengalami mimpi yang sangat pelik dan menakutkan. Dia bermimpi dia dikelilingi oleh beberapa orang Sami Siam, tubuhnya diikat di sebatang buluh dan disalai seperti kambing bakar, habis badan dan mukanya melecur. Sami2 Siam itu merenung tajam ke arah Allissa. Dia toleh sebelah terus dia nampak  bangkai seekor anjing hitam yang dipenuhi dengan darah tapi belum salai lagi la.. kalau salai kompem terliur vietnamese yg dtg keje kat Malaysia tengok...

Allissa tersentak masa tu lalu terjaga dari tidur. Dia terus merasakan tubuh badannya gatal merenyam2 yang teramat sangat sampai rasa kalau dapat garu ngan penyapu pencakar tu best giler. Sebab tu org2 tua kata “cinta itu ibarat kurap, makin digaru semakin sedap”. Hampir satu jam Allissa tergaru2. Tidak cukup menggaru dengan tangan Allissa ambik sikat rambut pula untuk menggaru tubuh badannya yang gatal. Akibat dari menggaru dengan kuat tubuh badan Allissa mula melecet. Yang anehnya kulit yang melecet itu mengeluarkan cecair jernih yang berbau busuk yang amat sangat mcm bau bangkai biawak kena langgar yg dah membusuk..

Tiba2 saja Allissa teringatkan panggilan ugutan melalui telefon yang diterimanya siang tadi. Apakah gatal2 ini ada kaitan dengan ugutan yang diterimanya siang tadi di pejabat?

"Bang...bang.. bangun bang.. habis satu badan saya gatal2 ni", kata Allissa pada suaminya Halim (bukan gak nama sebenar sebab pakcik malas nak tulis nama sebenarnya) yang sedang nyenyak tidur. Sambil menggesek2kan mata Halim menguap lebar sambil dalam hati ada rasa nak marah gak sebab dah la kereta rosak tengahari tadi masa nak gi lunch, mkn pun x sempat jadinya.. balik ofis lambat kena marah ngan bos lak, ni baru mimpi nak masuk jarum kat neelofa dah bini kejut...

"Astaghfirullahal'azim... apa dah jadi dengan muka awak ni Shima (nama manja la konon)?", Halim terkejut melihat wajah Allissa yang melecur seperti kena bakar. "Entahlah bang tiba2 je seluruh badan saya gatal2, saya tak tahan gatal merenyam sangat rasanya, saya garu sampai jadi macam ni, dulu masa becinta ngan abang pun xde la saya merenyam mcm ni", kata Allissa sambil menangis tapi sempat gurau gak. Tu sebenarnya pakcik reka gak sebab xkan la pakcik nak skodeng diaorg tidur..

Halim bergegas bangun basuh muka pakai seluar track n terus mengajak Allissa ke Hospital. Sampai di hospital Allissa di masukkan ke wad kecemasan. Yang peliknya doktor yang memeriksa Allissa hairan sebab seumur hidupnya dia tidak pernah melihat pesakit yang mengalami masalah begitu. Doktor memberi Allissa ubat sapu dan antibiotik untuk melegakan kegatalan dan kesakitan yang dialami oleh Allissa. Lebih teruk lagi Allissa mula meracau2 ketakutan dalam bahasa campur melayu dan siam. Allissa mendakwa dia nampak ada tiga orang perempuan berwajah hodoh ingin mencekiknya. Halim hanya mampu melihat dan menitiskan airmata melihat keadaan Allissa tiba2 jadi begitu. Akhirnya Doktor memberikan Allissa suntikan ubat tidur. Barulah keadaan tenang dan Allissa tertidur.dapat gak la Halim selelap malam tu. Dah la esok nak keje lagi.

Setelah hampir tiga minggu Allissa terlantar di hospital xde langsung tanda2 penyakit gatalnya reda. Akhirnya Halim mengambil keputusan untuk membawa Allissa keluar dari hospital dan mencari ikhtiar dengan mencari kaedah rawatan alternatif lak..

Sebab kenal baik dengan diaorg pakcik pun ckp la kat dia "Errmmm... Baiklah Shimah, awak boleh datang bersama suami malam ini jumpa saya”. Kerana kasihan kan Allissa yang merayu meminta tolong akhirnya saya setuju cuba untuk tolong beliau malam tu jugak.

Malam itu sepertimana yang dijanjikan, Allissa dan suaminya datang jumpa pakcik.. Kali pertama pakcik tengok muka Allissa pakcik terkejut. Mukanya cacat seperti terbakar kulitnya agak lembab berair mcm org baru lepas keluar dari rumah yg terbakar. Nak tergelak pun pakcik tak sampai hati. Pakcik beristighfar dan terdetik "MasyaAllah!!! zalim sungguh perbuatan sihir ini" didalam hati.

Tanpa berlengah lagi pakcik terus mulakan sessi dengan panggil semua rumpun sebab ada perang besar-besaran ni. Pakcik kunci diri dan baca Surah Al Fatihah, tapi.. mengapa rasa "berat" sungguh bacaan pakcik masa nak keluar kali ini...Seolah2 seperti membaca didalam kepayahan. Pakcik pun pejamkan mata sambil mengulang2 istighfar, memohon petunjuk dari Allah s.w.t.

Tiba2, pakcik nampak tayangan video kelihatan Allissa mengherdik dan memaki hamun suaminya. Apakah ini hanya lamunan pakcik atau petunjuk dari Allah? Pakcik jadi confuse.. Ni yang pakcik malas ni... Lain yg pakcik nak tengok, lain yang yang keluar nih..

Dalam masa yang sama Allissa bingkas berdiri dari tempat duduknya lantas menjerit dengan sekuat hati... "Tolongggggg!!!! Aku sakitttt!!! keluarkan aku dari tempat ni!!! Aku tak nak tengok muka si Wolf ni!!!!".

Suami Allissa yang dari tadi tunduk membisu, berubah wajahnya kerana terkejut melihat Allissa menjerit sedemikian rupa. "Abang Wolf.. kenapa dengan Allissa ni Abang Wolf??", tanya Halim dalam nada panik.. Pakcik cuma bg isyarat pada Halim agar duduk dan perhatikan saja apa yg pakcik buat..

Dan seterusnya tayangan pun bersambung semula kat skrin layar mutiara pakcik. Lepas pakcik tgk sampai habis supaya semua punca penyakit Allissa ni pakcik tau maka barulah pakcik try reconsolidate dengan si Halim lak supaya lebih terang lagi bersuluh. Pakcik tanya lah dia seperti apa yang pakcik tgk tadi untuk mengesahkan kebenaran tayangan filem pendek kt LCD ghaib pakcik tu. Dan Halim yang pada mulanya menggelabah jadi tambah hairan mcm mana la pakcik leh kisahkan semua cerita luar dalam kain dia malam tu.

Pakcik ckp kat dia bahawa bukanlah tujuan pakcik nak membuka aib siapa2 Cuma pakcik hanya mau mencari punca sebenar penyakit yang dideritai oleh isterinya sejak sekian lama tu. Bagi mengelakkan cerita ni jadi suram dan buat korang lagi tertanya-tanya maka serba sedikit pakcik terangkan untuk iktibar bersama ok..

Bermula ceritanya bila seorang jiran yang berstatus ibu tunggal pindah menyewa disebelah rumah Halim dan Allissa ni. Maka ternampaklah suatu hari akan si Allissa ni mata Halim yang terpandang akan si ibu tunggal ni di sebelah rumah yang bukan beliau saja nak tgk pun. Tapi oleh kerana pandangan yang satu itulah yang mendatangkan punca segala keperitan yang diaorg alami selama ni.



Oleh kerana cemburu dan wujud kebimbangan yg amat sangat sebab takut lakinya yang tak berapa nak ensem tu terjebak dengan cinta buta si ibu tunggal ni maka dengan perasaan penuh resah gelisahnya maka si Allissa ni pun pergi lah ke sebuah kampaung yg pakcik terpaksa rahsiakan untuk berjumpa dengan Tok Cha. Tok Cha ni adalah seorang sami siam yang dah bermastatutin kat negara ni sejak nenek moyang dia lagi. Dia ni seorang bomoh siam yang terkenal. Si Allissa ni pun dapat tau pasal bomoh ni masa mencicah mempelam dengan geng2 bas sekolahnya petang2 kat taman tu sambil mengumpat hal anak Pak Ajis masa kenduri kawinnya nasi minyaknya  x berapa nak masak n abis satu taman kena cirit birit. 



Jadi si Allissa ni pun mintaklah penunuduk suaminya dengan tok cha ni. Walau tok cha dah bg warning bahawa ilmu ni ada pendampingnya dan perlu di beri makan mengikut sukatan mcm baby baru lahir lak nak kena sukat susu. Makannnya tak susah pun Cuma darah haid si Allissa yang ada kat “roti pendek” yang dia selalu pakai tiap2 bulan tu jer. Juga si Allissa kena bagi si suami makan nasi tangas atau dalam bahasa yang lebih sopan ialah nasi kangkang. Nasi yg dimasak dicampur darah dan kemudian bila dah masak dgn anu yg masih berhaid maka berkangkang lah dia atas periuk yg tgh berasap tu sambil baca menteranya.

Dalam 2-3 tahun maka dengan setianya si Allissa ni menurut perjanjian yang dia buat dgn tok cha tu dulu tapi bila dah lama kelamaan dia pun makin malas dan akhirnya jadi terlupa dengan janjinya bagi makan makhluk tu tiap2 bulan. Bila tak diberi makan maka dia cari makan lak. Malumlah laparla katakan.. Takkan la dah biasa mkn darah makhluk tu nak berdiet makan katak mcm pontianak lak.. Maka dengan itu makhluk itu pun saban bulam mengokak kata orang Perak ataupun menggigit bahagian badan si Allissa untuk menyedut darah dengan taringnya yang panjang mencecah dada.. Kesannya itu lah yang mendatangkan kudis2 dan gatal2 kat seluruh badan si Allissa hatta meninggalkan kesan dan bau yang busuk sikit dari longkang jer..


Hal tersebut takde kena mengena pun dengan pempuan yg dok tipon n ugut2 n yg cakap bukan2 kat dia tu. Semua kesilapan dari dia sendiri yang suka berjanji dan berurusan dgn makhluk yang sah2 dilaknat tuhan tu serta mudah lupa janji lak bila dah berjanji. Walaupun pakcik ni selalu sgt berperang dgn puak2 ni korang ingat pakcik suka ke berurusan dgn makhluk2 ni? Layan main poker kat FB lagi baik korang tau tak. Tapi oleh kerana amanah dan tanggungjawab maka pakcik masih terus berusaha membantu sedaya upaya mereka yang memerlukan. Dan lagi satu kita amat mudah untuk menyalahkan org lain sedangkan kita sendiri yang punya silap. Dan amat mudah pula kita untuk berprasangka buruk terhadap orang lain tanpa ada bukti yang kukuh serta tanpa usul periksa.

Maka setelah selesai sessi temu ramah mesra tu terus Halim beristighfar panjang dan mengucap dua kalimah syahadah sebab dia sendiri tak percaya benda2 sebegitu terjadi. Selau dia tgk dalam drama n filem jer benda2 mcm tu org buat. Dia mcm tak percaya pulak bila perkara sebegitu terjadi pada dirinya. Halim sendiri mengakui bahawa dia rasa amat bodoh dan hanya mampu menurut segala perintah dan titah isterinya sejak itu hingga dia sendiri merasa pelik. Walau berjauhan dgn isterinya tapi dalam hatinya sentiasa ada rasa takut kepada Allissa.. sedangkan patutnya dalam hatinya ada taman, ni ada rasa takut jer.. Ruginya kau Halim..

Maka dipendekkan cerita si Halim mintak pakcik ubatkanlah isterinya setelah beliau berjanji dengan pakcik utk memaafkan segala yang isterinya pernah lakukan serta bersedia memulakan hidup yang baru dengan azam dan tekad yg baru. Maka pakcik pun memulakan ritual memanggil semua rumpun pakcik datang dengan dimulakan alfatihah dan semua ayat2 lazim yang guru pakcik suruh baca dulu. Datanglah guru pakcik, semua askar2, ratu2, panglima2 dan angkatan perang serigala putih ke sisi pakcik. Setelah mengunci makhluk dan si Allissa barulah pakcik serta rombongan cik kiah pakcik pergi mengahadap tok cha dan rakan2 sejenayahnya di kampung yang tak boleh disebut itu.

Walau hari malam tapi segala yang pakcik tgk cerah je macam biasa pakcik keluar tu. Tu sebab kadang2 org cakap alam ghaib ni berputar tak selari dgn alam nyata. Sbb bila alam nyata malam sepatutnya di alam ghaib pun malam lah, tapi bila masuk ke sana cerah mcm siang lak. Itulah namanya cahaya hati dan cahaya ilmu yang sentiasa menyuluhi sekitar alam baik ghaib atau nyata yang menyorot perjalanan kita ke sana. Bukannya alam ghaib itu tak selari dgn alam kita.

Sampai kat kampung tok cha tu maka pakcik nampak lima orng sami duduk mengelilingi sigik pokok kata org sarawak atau sepohon pokok yang tergantung mcm2 benda didahannya di sekitar sebuah tokong siam. Pakcik mcm biasa tak boleh nak bagi salam sebab dia bukan islam so pakcik cakap hai jer la. Pakcik suarakan niat pakcik nak berjumpa dgn tok cha utk satu urusan penting. Maka ditunjukkan kepada pakcik salah seorang dari 5 orang sami yang dok berzikir ntah apa yang pakcik pun tak faham apa maksudnya. Yg pakcik tau bila nak mkn order kau pat kung kai daw (nasi goreng udang telur mata) jer. Pakcik pun maju berdua jer dgn panglima hitam.. Yang lain sudah bersedia untuk bertindak kalau ada apa2 terjadi.

 
Pakcik pun berunding dgn tok cha supaya penyakit si Allissa tu ditarik balik beserta dengan makhluk tuhan paling hodoh yang dok menyonyot darah haid dia tiap2 bulan tu.. Tapi lelaki separuh abad tu berkeras ckp tak boleh sbb dia yang mintak n benda tu tok cha pun x nak simpan sbb x lalu nak bagi mkn. So jalan terakhirnya pakcik terpaksa berperang n tamatkan riwayat makhluk tu lah. Pakcik bersama panglima hitam berlalu menyertai angkatan rumpun pakcik yang lain lalu terus ambush tempat makhluk tu berada. Makhluk berbulu panjang sehelai2 tu pun pakcik tangkap, sembelih dan terus tanama di 3 benua yang berbeza.. dalam sebuah gunung, dalam sebuah paya dan dalam sebuah gurun yg panas. Kat mana tempat2 tu biarlah jadi rahsia pakcik..

Baru nak pusing belakang nak pergi balik kat si Allissa tu tetiba rumpun pakcik berada di depan pokok yg dikelilingi sami tu balik dan tok cha dgn wajah yg marah dah berdiri di depan kami. Pakcik tanya psl apa? Tok cha cakap pakcik dah bunuh belaan dia yg mendatang hasil lumayan kat dia selama ni. Maka pakcik tau la bahawa perang ong bak akan meletus. Maka sepantas kilat batang leher tok cha pakcik sambar dan terus pakcik kunci semua pergerakannya dgn kalimah. Dgn sepantas kilat juga panglima hitam memaku batang leher tok cha dgn paku hitamnya serta dgn sepantas kilat menarik semua ilmu tok cha yang ada. Selepas itu barulah tumbukan aura biru besi kursani pakcik bagi kat dada tok cha sampai bersembur darah dan terdampar kat dinding wat siam tu. Baki 4 orang sami tu di settlekan oleh pang5 andi, pang5 hanan, pang5 rahman n ratu kenanga. Pakcik tak perasan lak apa yg diaorg buat tapi memang semua kena tarik ilmu n kena pukulan maut baik punya n confirm koma. Setelah selesai pakcik n rombongan pun kembali mengadap Allisa dan mengubati beliau secara ghaib dgn air zam2 dan daun yang sampai skrg pakcik x tau namanya sebab pang5 hitam x nak bgtau..

Setelah itu barulah pakcik kembali ke alam nyata semula sambil tgk mata si Halim terkebil2 tgk badan pakcik berpeluh2 sdgkan pakcik dok bersila atas sejadah jer. Malam tu pakcik suruh si Halim ambilkan 3 baldi air separuh penuh dan pakcik campurkan dengan air rukyah dan syifa yang pakcik bawak bersama dicampur dengan limau rukyah juga. Sambil duduk di anak tangga pakcik suruh Halim jiruskan dan mintak si Allissa bersalin pakaian. Setelah siap bersalin pakcik mintak si Allissa yg lemah itu duduk berlunjur. Pakcik berikan tiga botol air mineral syifa utk dia minum dan habiskan selebihnya.

Seterusnya pakcik mintak izin pada Halim untuk merawat Allissa secara zahir pula dan pakcik terpaksa menyentuh tempat2 yang terlibat untuk menyedut sisa2 yang pada badannya. Setelah mendapat keizinan dari suaminya maka pakcik pun memulakan aktiviti scan badan menggunakan kedua tapak tgn pakcik. Bila melintasi kawasan yang terasa hangat pakcik berhenti dan menghulurkan jari telunjuk dan jari hantu untuk menyedut penyakit yg ada. Cik mud pakcik dah bersedia di sebelah utk menangkap segala apa yg bakal keluar dari tubuh si Allissa ni mcm biasa. Setelah selesai di bahagian belakang pakcik tolakkan segala sisa penyakit yg ada tanpa menyentuh Allissa ke bahagian kaki. Satu persatu pakcik tarik dari jari2 kakinya dan meraunglah si Allissa bak orang kena histeria sedangkan bukannya pakcik tarik dengan kuat pun kakinya. Setelah selesai tarik -  scan semula – tarik maka pakcik tarik pula dari bahagian tapak kakinya. Pakcik sydah ternampak kesah tompok merah di tapak kakinya sebelum sempat buat apa2..

Maka apabila menyentuh sahaja tapak kakinya maka meraunglah si Allissa mintak nyawa kat pakcik. Raungannya pakcik x endahkan dan sempat pakcik tegur dengan perlahan pada dia, pakcik kata “sendiri cari penyakit, sendiri la tanggung sakitnya ya”. Dan dengan penuh tegas pakcik sambung “jangan nak buat kerja bodoh ni lagi ye” Pakcik nampak si Allissa mengangguk payah tanda setuju dan dalam keadaan yg sakit.

Setelah selesai barulah pakcik mampu lepaskan nafas dan barulah terasa mengah menguasai diri. Betapa penatnya pertarungan di malam itu. Selepas kejadian tersebut pakcik menerima panggilan telefon dari Halim dua bulan selepas itu mengatakan mereka berdua akan menunaikan umrah sebagai mambayar nazar sekiranya Allissa sembuh sepenuhnya. Pakcik sempat tanya khabar si Allissa dan si Halim dgn nada gembira bgtau bahawa Allissa telah sembuh sepenuhnya dan hilang semua kesan2 kudis dan gatal seluruh badannya. Balik dari umrah Si Halim datang berjumpa pakcik dan bawak sebekas air zamzam sebagai ole-ole dari Makkah. Betapa tiba2 air mata pakcik berderai turun kerana di tepi telaga itulah pakcik selalu bertemu dengan guru pakcik atuk Ismail ketika dia sibuk menceduk air zamzam memberi minum kepada mereka yang berzizrah ke tanah suci.. Rasa rindu kepada beliau menyucuk hati dan urat saraf pakcik. Naik risau lak si Halim tu sambil tanya dia ada wat salah ker? Pakcik kata tak ada apa2 Cuma pakcik rindukan seseorg yg amat rapat dgn air zamzam ni. Tetiba lak muncul si Allissa kat sebelah Halim. Nasib baik pakcik dan siap kesat air mata, kalau tak jatuh saham pakcik kau,,,,,

“Apasal lain mcm tgk kau ni Allissa? Senang hati kut?” pakcik menegur.  Allissa dah mengandung 3 minggu la Abg Wolf kata Halim. Alahamdulillah terus terkeluar ucapan syukur atas nikmatNya dri mulut pakcik.dan mcm cerita dongeng dalam buku yang korang curi dari library atau korang pinjam tak pulang2 tu… and they are living happily everafter…