Tuesday, September 6, 2011

6 Soalan lazim

Suatu hari Seorang Ustaz bertemu dengan murid-muridnya didalam kelas lalu beliau mengajukan enam soalan:

Wahai anak2 ku. Soalan yang pertama …
“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini …???”
Murid-muridnya ada yang menjawab… “Orang tua”, “guru”, “teman”, dan “keluarganya”. Sang Guru menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “kematian”. Sebab kematian adalah PASTI adanya …..

Lalu Sang Guru meneruskan pertanyaan kedua …
“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini …???”
Murid-muridnya ada yang menjawab. “Negara China”, “bulan”, “matahari”, dan “bintang-bintang”.

Lalu Sang Guru menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar, tapi yang paling benar adalah “masa lalu” … Siapa pun kita … bagaimana pun kita … dan betapa kayanya kita … tetap kita TIDAK dapat kembali ke masa lalu sebab itu kita harus menjaga hari ini … dan hari-hari yang akan datang …

Sang Guru meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga… “Apa yang paling besar di dunia ini …???” Murid-muridnya ada yang menjawab “Gunung”, “bumi”, dan “matahari”. Semua jawapan itu benar kata Sang Guru …

Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”. Banyak manusia menjadi celaka kerana menurut hawa nafsunya. Segala cara dihalalkan demi mewujudkan impian nafsu. Kerana itu, kita harus hati-hati dengan hawa nafsu ini jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka (atau kesengsaraan dunia dan akhirat) …

Soalan keempat adalah … “Apa yang paling berat di dunia ini …???” Di antara muridnya ada yang menjawab … “Baja”, “besi”, dan “gajah” “Semua jawapan hampir benar …”, kata Sang Guru tapi yang paling berat adalah “memegang amanah” …

Soalan-soalan yang kelima adalah … “Apa yang paling ringan di dunia ini …???” Ada yang menjawab “kapas”, “angin”, “debu”, dan “daun-daunan”. “Semua itu benar …”, kata Sang Guru, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “meninggalkan ibadah” …

Lalu soalan keenam adalah … “Apakah yang paling tajam di dunia ini …???” Murid-muridnya menjawab dengan serentak … “PEDANG …!!!” “(Hampir) Benar …”, kata Sang Guru, tetapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Mengenal Haruman Kasturi

Anugerah kijang jantan

Kasturi bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan .



'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.

Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.

Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.

Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.

Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.

Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.

BULU pada bintik kasturi dikatakan terus tumbuh biarpun setelah terasing dari kijangnya.


Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.

Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.

"Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya.

Dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya .Bukan tikus yang macam kita jumpa di lorong dan longkang, tapi jenis tikus yang besar saiznya.

"Pembeli kasturi ini terdiri daripada golongan mereka yang turut berniaga barangan yang berkaitan dengan minyak wangi. Ada juga yang membeli sekadar minat mengumpul atau menganggapnya sebagai perhiasan.Lebih istimewa apabila ada warga Bangladesh dan Pakistan yang membelinya untuk dimakan kerana percaya ia mempunyai khasiat perubatan.

Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan.Oleh kerana spesies kijang yang menghasilkan kasturi sukar ditemui, saintis Cina beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan potensi perubatan.


Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi sekali gus mendorong upaya reproduksinya.

Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal , Pakistan , Siberia dan Mongolia .

Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser. Bagaimanapun, pembuktian klinikal masih dijalankan tentang dakwaan tersebut.

Kegunaan paling popular adalah dalam industri pembuatan minyak wangi. Baik minyak wangi atau atar yang didatangkan dari Mekah atau India , terdapat juga pengusaha yang memasukkan butiran kasturi itu ke dalam botol jualan. Ia akan menambah nilai harganya.Ada yang keliru tentang hukum ia digunakan untuk bersembahyang. namun yakinlah ianya dibolehkan kerana ia bukanlah dihasilkan dari lemak haiwan yg bersifat najis.

Dianjurkan pertanyaan ini kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi berasal dari haiwan.Selain faktor itu, bintil kelenjar ini juga 'dipisahkan' dari tubuh haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih.

"Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang, begitulah juga dengan kasturi.

"Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar syarat sah solat bagi seseorang yang memakai harumannya," jelas Noh.

Penjualan kasturi paling kerap dipertikai oleh warga Pakistan yang mengatakan bahawa agak mustahil bagi orang biasa memiliki kasturi dengan mudah, apatah lagi dijual di pasar atau kaki lima. Mereka pelik melihat kasturi dijual dengan harga semurah ini di Malaysia. Kata mereka, kasturi jarang sekali dimiliki oleh orang di jalanan.Harga kasturi di kawasan asal ia ditemukan sangat mahal mengikut kualiti gred dan keasliannya. Ia boleh mencapai harga sehingga ribuan ringgit sebiji. Beberapa gram butiran kasturi sahaja sudah mencapai harga ratusan ringgit.


Khasiat Kasturi

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah RA dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:

  • Memberi kekuatan pada roh.

Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)

  • Menenangkan Jiwa.
  • Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak.
  • Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan.
  • Menghilangkan debaran jantung.
  • Menghilangkan Sesak Nafas.
  • Melegakan Lelah (Asma).
  • Menyedarkan orang yang pingsan.
  • Memperkuatkan organ luaran tubuh.
  • Memperkuatkan organ dalaman tubuh.
  • Menghilangkan rasa gementar.
  • Menghilangkan sejuk tubuh.
  • Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh.
  • Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang.
  • Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing.
  • Menjernihkan mata putih pada mata.
  • Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan.
  • Mencegah wabah penyakit.
  • Melanjutkan usia.
  • Meredhakan Allah SWT.

Menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie RA bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi).

Misteri Genting Highland - Mistika 8



Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapan di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hotel dan Theme Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara. Apa yang orang minat sangat nak pergi ke Genting ada dua sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park dan yang kedua majoritinya pergi ke Genting untuk berjudi di Kasino. Mana taknya, Kasino Genting ini Menang award World’s Leading Casino Resort, World Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010,Asia’s Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010.
Jadi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi "tukang tilik nasib" bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa "Belaan/Makhluk" untuk memberi mereka kemenangan, jadi semua "Belaan" ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.
Satu lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa "Belaan" kerana di atas sana semua "Belaan" ini akan dikesan oleh pihak Genting. JAdi "Belaan" ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk membawa "Belaan" mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.
Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di Genting.
1. Amber Court



Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini :


Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau :

-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan

Ini kata seorang penghuni di sana :
"amber court ngan billion court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu.
kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay."

"aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2...
aku punyalah takut...
.....mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku...
lama2 hilang malu, takut punya pasal,
aku nangis sampai member aku terjaga...
bila sama2 takut, dua2 menjerit, "Woi... kitaorang ngantuk lah...nak tidur... pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak layan ko.."...
aku dah stop jerit.
member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2...
pastu baru diam..."

"aku nk citer pasal amber court ni...bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt bawah jer lah...sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu...baru jer berapa minit lepak2 dgn member2 kat situ ...hehehhh nak taw apa jadii.....kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali....aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie hantu...tapi member2 rilexs jer...kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat situ...hahahhah macm2 dia citer...kat situ sebenarnya port bunuh diri..."
2. Apartment Ria


Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu :
"kononnya dalam bilik tuh ada seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah tersebut......... setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan suasana di dalam bilik hotel tersebut..... sehingga kini, bilik tersebut tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu.... kalau ada di antara anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah bilik bilik yang telah di palang dengan kayu.... "

Ini yang berlaku di sini :
-Bunyi orang pindah rumah,bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas,bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu,sampai tutup pun dia akan terbukak balik..(Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen

Ini cerita mereka di Apartment Ria :

"hishh apartment RIA mmg ade sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram jerr..mcm ade mende je kek bilikl tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’.mcm bunyi bile oven dah panas."


3. First World Hotel


Ini hotel yang pernah menjadi Hotel Terbesar di dunia sebelum ini. Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay kat sini tapi nasib baik belum pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang dah kena kacau di sini.
Ini kesnya :
-Ada orang berjalan dari atas katil,memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan,serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas,berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai,dalam bilik
-Tv terbuka sendiri,takde siaran


Ini cerita dari orang yang mengalaminya :

kat 1st world pun seram aku dgr cita membe aku
ada pompuan rmbut panjang mengurai dok tunggu tepi katil
tu yg diorg cita la
tapi aku ada pegi stay kt 1st world last 2yrs
tak ingat tower brapa
dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk balik
stay sana mlm tu
mlm tu aku x leh tido
rasa cam ada org dok usha je aku baring
pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal aku dh off pun
membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko
aku rs aku tido pn still bukak mata smpai pagi
sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm

Cradle Rock


Tempat ini juga dikatakan juga agak "keras". Ini ceritanya:

budak genting panggey tempat tu BATU BERAYUN…
sbab kedudukan batu macam tergantung…
alah korang misti perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je/….
kat situ slalu gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ
depa kata kat situ ade kes suicide tapi da lame la…
membe aku kene kat situ…
dia gi jalan2 malam la time tu.dia nih slalu lpas keje pg jejaln kat area tu ader 1 mlm, tu nasib tak baik..
nampak la bende tu…
nampak cam pompuan nangis2……………..
ingat nak tolong la..pegi tanya…..
makin lama makin kuat nangisnya..
dari nangis tuka mengilai kuat…
nasib baik membe aku ni kire kuat gak la..
die blah slow2
besok demam gak la 2 hari


p/s : Genting Highland dahulu adalah tempat di mana tentara Jepun menyiksa dan membantai tawanan-tawanannya, dan sejak saat itu penduduk sekitar sering mengalami peristiwa-peristiwa yang menyeramkan. Kami semua merasa lega bahwa rakan selamat dari peristiwa yang menyeramkan itu. Pada malam itu juga kami semua berkemas dan segera meninggalkan tempat tersebut. Benda halus sebegini kita tidak tahu bila kita akan terserempak, jadi kuatkan iman anda.Wallah huaklam